KUALA LUMPUR, 27 Sept― Hutang
terkumpul sebanyak RM34.3 billion yang ditanggung syarikat-syarikat
milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary mewujudkan kemungkinan besar yang
kerajaan akan terpaksa menebus hutang tersebut dengan wang rakyat, kata
Ahli Parlimen DAP Tony Pua hari ini.
Ahli parlimen Petaling Jaya Utara memberitahu wartawan bahawa soalan
tersebut yang diajukan kepada Kementerian Kewangan dihalang oleh Speaker
Dewan Rakyat kerana ia berdasarkan andaian.
“Jika kumpulan syarikat mempunyai hutang sebanyak RM34.3 billion, dan
apabila tidak mampu untuk membayarnya, kemampuan syarikat yang lain
untuk membayar hutang juga akan terjejas.....lagi [TMI]
“Pada tahun 1997, kerajaan terpaksa menebus hutang syarikat, dan
terpaksa membeli LRT, memberi pinjaman kepada Tan Sri Halim Saad yang
berjumlah RM3.2 billion yang tidak dibayar balik,” kata Pua yang merujuk
kepada syarikat kumpulan Renong semasa krisis ekonomi pada 1997.
Pua berkata, beliau kesal bahawa Datuk Seri Najib Razak, yang juga
merupakan menteri kewangan, tidak menjawab soalannya hari ini kerana ia
bakal mendedahkan risiko kepada krisis ekonomi.
“Syarikat beliau (Syed Mokhtar) berhutang sebanyak RM34.3 bilion,
lebih dari sepuluh peratus dari hutang korporat nasional, dibandingkan
dengan Renong sebanyak RM20 bilion, iaitu cuma lapan peratus.
“Ini adalah perkara serius dan bakal menjadi masalah kepada kewangan dan industri perbankan di negara ini,” kata Pua lagi.
Syed Mokhtar memiliki syarikat perhotelan Tradewinds, MMC Corporation
dan pada awal tahun ini telah berjaya dalam bidaan untuk menswastakan
Pelabuhan Pulau Pinang yang mendapat kritikan dari kedua belah ahli
politik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).
Timbalan pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC),
Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, “Syed Mokhtar umpama raja kerana
banyak bank di belakangnya.”
No comments:
Post a Comment