Kumpulan pendesak Melayu PERKASA memberi amaran akan memulaukan pusat membeli-belah Suria KLCC.
NGO
itu mendakwa pihak pengurusannya bersikap pilih kasih dan menindas
seorang peniaga bumiputera Melayu perempuan yang telah 14 tahun berniaga
di situ.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali (kanan) memberi amaran itu dalam sidang media di Parlimen semalam bersama Sherifah Salim, seorang pengusaha francais Foto Point.
Sherifah mendakwa ditamatkan kontrak sewanya walaupun beliau membayar
sewa tepat pada masanya dan mendapat keuntungan dari perniagaannya.
Sharifah
mendakwa, beliau turut dinafikan premis perniagaan yang lebih besar
walaupun kemudahan yang sama diberikan kepada peniaga bukan bumiputera
yang lain.
Beliau juga mendakwa, turut diberi amaran sewanya akan
dinaikkan daripada RM22,000 sebulan kepada RM45,000 sebulan jika tidak
mengosongkan premisnya menjelang 30 september ini.
"Kita boleh edar risalah gesa orang Melayu jangan masuk KLCC untuk membeli-belah. Boleh masuk tapi kita window shopping.
"Kalau pergi medan makan, kita ambil bau makanan sahaja," kata Ibrahim.
Menurutnya
lagi, PERKASA juga berupaya memainkan sentimen kemelayuan jika mereka
bertindak melancarkan kempen untuk memulaukan Suria KLCC.
"Kita
belum sampai ke tahap itu, kita boleh letak poster KLCC untuk orang
bukan Melayu sahaja," kata ahli Parlimen Pasir Mas itu.
Sementara
itu, seorang pegawai Suria KLCC Sdn Bhd ketika dihubungi hari ini
berkata, pegawai dari bahagian perhubungan awamnya akan menjawab dakwaan
itu dalam satu kenyataan esok.
No comments:
Post a Comment