Di sini antara petikan menarik dari Salahuddin Ayub
1 .. "Keyakinan tersebut bukan sekadar berdasarkan
kajian yang dibuat, tetapi diukur berdasarkan sambutan rakyat Johor
kepada program-program PR.
"Itu keyakinan kita dan kita tidak
beri keutamaan sama ada Menteri Dalam Negeri memberi jaminan keselamatan
atau tidak,"
2 . Sebelum ini, ketika ditanya terhadap
jaminan keselamatan terhadap PKR di Johor memandangkan sudah tiga kali
bas jelajah Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dan disimbah cat, Menteri
Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, "Tak payah
jaminan, yang akan tentukan (penerimaan terhadap PKR) orang Johor itu
sendiri".
3 .. Menghuraikan lebih lanjut, Salahuddin berkata,
sebelum ini pemimpin-pemimpin PR tempatan memberitahu, hendak penuh 50
meja pun susah kalau mereka anjurkan majlis makan malam.
"Tetapi
baru-baru ini, 8500 orang telah membeli tiket bagi memenuhi 850 meja
yang telah dijual oleh PKR negeri Johor dalam majlis makan malam anjuran
parti itu di Skudai," katanya.
4... Begitu juga dengan sambutan
kepada rumah-rumah terbuka Hari Raya yang diadakan oleh PAS, kata Ahli
Parlimen Kubang Kerian itu lagi.
"Ada masanya, saya terpaksa menghadiri sehingga enam rumah terbuka Hari Raya yang dianjurkan oleh pelbagai pihak di dalam PAS.
"Dalam
setiap majlis yang saya hadiri sambutan dan kehadiran masyarakat Cina
dan India begitu memberangsangkan dan merupakan suatu fenomena yang tak
berani hendak diimpikan oleh PAS di Johor dahulu.
5... "Sambutan
masyarakat Melayu pula tentulah yang terbaik kini dan bukan lagi seperti
dahulu di mana biasanya hanya puluhan orang sahaja yang hadir dalam
program PAS di Johor," kata Salahuddin.
6.. Beliau menyatakan PR kini menambahkan sasaran sehingga 18 kerusi di Johor.
Sebelum
ini PR mensasarkan 12 kerusi Parlimen di Johor, namun susulan pelbagai
perkembangan menarik di seluruh negara terutama di Sabah dan Sarawak, ia
memberi impak baru yang membantu membantu PR di negeri itu, katanya.
PR akan mencipta momentum baru di Johor, katanya lagi.
"Terdapat
tiga atau empat Parlimen baru kita yang akan kita fokuskan. Yang
sebelum ini Gred B kita angkat jadi gred A untuk diberi fokus untuk
membawa harapan yang besar mencapai kemenangan," kata Salahuddin
Andaikata Johor sudah tidak menjadi kubu kuat Umno lagi, maka tugas parti2 Pakatan Rakyat bolehlah tertumpu Negeri 2 Melaka, Sabah dan Sarawak... namun pendapat aku, PR wajib berusaha keras untuk melawan parti Umno habis- habisan kerana kaum melayu masih lagi setia dengn parti Umno... jangan sampai suatu masa nanti undi Cina akan beralih kepada BN... Ayuh PR.. kejayaan bakal anda miliki jika kurangkan pergaduhan isu Hudud dan Isu2 yg mengaitkan kamu tidak sependapat anda parti2 komponen
No comments:
Post a Comment