Di dalam kitab “Zahrur-Riyadh” ada disebutkan Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya;
“Apabila ahli syurga dimasukkan ke dalam syurga ,para malaikat akan
menyambut mereka dengan segala kebaikan dan kenikmatan,mereka diletakkan
di mimbar-mimbar lalu dibentangkan dengan permaidani yang
indah,kemudian disediakan untuk mereka beraneka jenis makanan dan
buah-buahan.Mereka semuanya merasa hairan dengan nikmat yang diberikan
lalu Allah Ta’ala berfirman:Wahai sekalian
hambaKu,Mengapakah kamu
merasa hairan,di sini bukan tempatnya untuk merasa hairan.Maka mereka
semuanya berkata:Sesungguhnya kami telah dijanjikan dengan
sesuatu,sekarang telah tiba masanya waktu yang dijanjikan itu.Allah
Ta’ala berkata lagi:Angkatkan hijab dari wajah-wajah mereka.Malaikat pun
berkata:Wahai Tuhan kami,Bagaimana mereka dibenarkan melihatMu
sedangkan mereka ini semuanya ahli maksiat?Allah Ta’ala telah menjawab
soalan malaikat itu dengan berkata:Angkatkan hijab itu
,kerana sesungguhnya mereka ini pernah mengingatiKu,pernah
bersujud,pernah menangis di dunia mengharapkan pertemuan denganKu hari
ini.Maka tersingkaplah tabir,dan mereka pun dapat melihat dan terus
bersujud kepada Allah Ta’ala ‘Azzawajalla .Seterusnya Allah Ta’ala telah
berkata : Angkatkanlah kepala kamu kerana sesungguhnya di sini bukanlah
tempat beramal,bahkan tempat pembalasan dan kemuliaan!Lalu
bertajallilah Tuhan tanpa kebagaimanaan seraya berkata kepada mereka
dengan penuh keredhaan :Selamat sejahtera ke atas kamu,wahai
hamba-hambaKu!Aku sungguh redha dengan kamu ,adakah kamu juga redha
denganKu?!Mereka lalu menjawab:Betapa kami tidak redha,wahai Tuhan kami
sedang Engkau telah mengurniakan kami balasan yang tidak pernah dilihat
oleh mata,tidak pernah didengar oleh telinga,dan tidak pernah terlintas
di dalam hati manusia”.
No comments:
Post a Comment