LOS ANGELES 12 Sept. - Penyanyi Rihanna, Adele
dan Lady Gaga baru-baru ini, mencatat rekod dunia Guinness menerusi
penjualan album muzik digital terlaris.
Rihanna turut dinobatkan sebagai artis digital terlaris di Amerika
Syarikat (AS) apabila penjualan album sepanjang kariernya mencatat
keuntungan berjumlah AS$47.57 juta (RM147.5 juta).
Bintang berusia 24 tahun itu berjaya mengetepikan kumpulan Black Eyed
Peas yang memperolehi keuntungan daripada penjualan album berjumlah
AS$42.4 juta (RM131.4 juta), diikuti Eminem berjumlah AS$42.29 juta
(RM131 juta), Lady Gaga sebanyak AS$42.08 juta (RM130 juta) dan Taylor
Swift berjumlah AS$41.82 juta (RM129 juta).
Lady Gaga pula menerima pengiktirafan daripada penjualan album muzik digital paling pantas di AS menerusi album Born This Way apabila album itu terjual sebanyak 1.1 juta unit pada minggu pertama pelancarannya.
Bintang kelahiran Britain, Adele turut tidak ketinggalan mencipta
kejayaan apabila dinobatkan sebagai artis wanita dan pertama United
Kingdom (UK) yang mencapai tahap penjualan album sebanyak satu juta unit
di AS.
Albumnya terjual sebanyak 1.8 juta unit di AS dan 700,000 unit di UK, manakala lagu Rolling in the Deep dimuat turun sebanyak 5.81 juta kali pada tahun lepas.
Pengiktirafan persembahan paling banyak ditonton pula menjadi milik
Madonna, ketika penghibur itu mengadakan persembahan semasa rehat
separuh masa perlawanan bola sepak Amerika NFL Super Bowl XLVI di
Indianapolis, Indiana, pada Februari lalu. - AGENSI
No comments:
Post a Comment