Baru-baru ini telah berlangsung satu mesyuarat khas bagi mengumpulkan
segala maklumat serta kajian mengenai sokongan masakini rakyat negeri
Perak terhadap parti Umno dan juga Barisan Nasional.
Pelbagai jentera parti mengambil bahagian termasuklah beberapa orang
think-tank yang membantu dalam penyelidikan yang dijalankan.
Setelah segala maklumat risikan, bancian dan juga culaan undi dikumpul
dan disemak, ternyata keputusan yang diperolehi oleh Umno dan Barisan
Nasional Perak tidaklah seperti yang diharapkan mereka.
Data dan angka tidak pernah menipu. Sokongan rakyat terhadap parti itu
tidak sampai 40%, menurut keputusan kajian dalam mesyuarat tersebut.
Angka yang kurang daripada 40% itu pula dikatakan bukan hanya berlaku di
negeri Perak tetapi turut dialami oleh beberapa negeri yang lain.
Ini juga merupakan salah satu punca mengapa Najib masih teragak-agak dan
tidak berani untuk membubarkan parlimen bagi memberi ruang untuk
diadakan pilihanraya umum ke-13. Hanya setakat memekik-mekik di dalam
kaca tv kononnya mereka masih kuat dan menjadi pilihan rakyat.
Sungguhpun telah banyak yang ditabur kepada rakyat, dan akan ditambah
lagi di dalam belanjawan 2013 nanti, rakyat kini telah mula celik dan
bijak berpolitik. Fakta yang diterima pakai kini adalah semakin kuat
parti pembangkang, semakin banyaklah faedah dan ganjaran yang akan
diperolehi oleh rakyat.
Mampukah Umno dan Barisan Nasional mempertahankan takhta pemerintahan
mereka dengan sokongan yang tidak sampai 40% itu? Ataupun cukup hanya 55
tahun?
No comments:
Post a Comment