Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 29 September 2012

TANGISAN NABI ADAM


Semenjak Nabi Adam terkeluar dari Syurga akibat tipu daya iblis,baginda menangis selama 300 tahun.Nabi Adam tidak mengangkat kepalanya ke langit kerana terlampau malu kepada Allah SWT.
Baginda sujud di atas gunung selama 100 tahun.Kemudian menangis lagi sehingga air matanya mengalir di jurang Serantip.Dari air mata Nabi Adam itulah Allah menumbuhkan pokok kayu manis dan pokok cengkih.Beberapa ekor burung telah meminum air mata baginda.Burung itu berkata:S
edap sungguh air ini.Nabi Adam terdengar kata-kata burung tersebut.Baginda menyangka burung itu sengaja mengejeknya kerana perbuatan derhakanya kepada Allah.Lalu telah membuatkan Nabi Adam semakin hebat menangis.
Akhirnya Allah telah menyampaikan wahyu yang bermaksud;
“Hai Adam,sesungguhnya aku belum pernah menciptakan air minuman yang lebih lazat dan hebat dari air mata taubatmu itu.”
(Ruj:Rentetan dan Hikmah- Fadhilat,Zikir dan Doa Harian-Khairul Ghazali)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...