Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 14 September 2012

Rihanna cipta rekod album terlaris

LOS ANGELES 12 Sept. - Penyanyi Rihanna, Adele dan Lady Gaga baru-baru ini, mencatat rekod dunia Guinness menerusi penjualan album muzik digital terlaris.
Rihanna turut dinobatkan sebagai artis digital terlaris di Amerika Syarikat (AS) apabila penjualan album sepanjang kariernya mencatat keuntungan berjumlah AS$47.57 juta (RM147.5 juta).
Bintang berusia 24 tahun itu berjaya mengetepikan kumpulan Black Eyed Peas yang memperolehi keuntungan daripada penjualan album berjumlah AS$42.4 juta (RM131.4 juta), diikuti Eminem berjumlah AS$42.29 juta (RM131 juta), Lady Gaga sebanyak AS$42.08 juta (RM130 juta) dan Taylor Swift berjumlah AS$41.82 juta (RM129 juta).
Lady Gaga pula menerima pengiktirafan daripada penjualan album muzik digital paling pantas di AS menerusi album Born This Way apabila album itu terjual sebanyak 1.1 juta unit pada minggu pertama pelancarannya.
Bintang kelahiran Britain, Adele turut tidak ketinggalan mencipta kejayaan apabila dinobatkan sebagai artis wanita dan pertama United Kingdom (UK) yang mencapai tahap penjualan album sebanyak satu juta unit di AS.
Albumnya terjual sebanyak 1.8 juta unit di AS dan 700,000 unit di UK, manakala lagu Rolling in the Deep dimuat turun sebanyak 5.81 juta kali pada tahun lepas.
Pengiktirafan persembahan paling banyak ditonton pula menjadi milik Madonna, ketika penghibur itu mengadakan persembahan semasa rehat separuh masa perlawanan bola sepak Amerika NFL Super Bowl XLVI di Indianapolis, Indiana, pada Februari lalu. - AGENSI

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...