Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 14 September 2012

Jenayah korporat meningkat

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Jenayah korporat atau jenayah kolar putih yang dilakukan individu yang memegang status dan jawatan besar dalam sesuatu organisasi dikesan semakin meningkat sejak kebelakangan ini.
Kadar peningkatan jenayah korporat sejak awal tahun ini dilihat lebih tinggi berbanding jenayah biasa seperti jenayah kekerasan, jenayah harta benda dan jenayah jalanan.
Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, peningkatan jenayah korporat yang dianggap membimbangkan berpunca daripada sikap tamak individu dalam memperoleh keuntungan yang banyak dalam tempoh singkat.
"Setiap individu perlu memiliki nilai moral yang tinggi dan tidak boleh mementingkan keuntungan semata-mata.
"Golongan korporat yang memegang status dan jawatan yang besar di dalam organisasi mereka mesti memiliki sikap amanah dan integriti yang tinggi.
"Nilai moral yang tinggi mesti diterapkan daripada jawatan peringkat atas sehingga jawatan peringkat bawah," katanya selepas menghadiri perbincangan Jenayah Korporat Rentas Sempadan di sebuah hotel di sini hari ini.
Katanya, peningkatan itu juga didorong oleh perkembangan teknologi yang semakin canggih setiap hari serta turut dijadikan medium pihak dari negara asing untuk mengambil peluang melakukan jenayah korporat di negara ini.
Sementara itu, jelas Ismail, beberapa langkah untuk menangani jenayah korporat boleh diambil iaitu mengikut prosedur kerja yang ditetapkan dan merujuk pakar-pakar jenayah kolar putih.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...