Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 27 September 2012

Mahathir dinasihati berhati-hati persenda hukum Islam

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Siti Zailah Mohd Yusof menasihati bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar berhati-hati ketika mengeluarkan kenyataan berkaitan hukum Islam.

Ini kerana katanya, kenyataan Mahathir kononnya terdapat kalangan pemimpin Islam yang cenderung menggunakan hukuman paling berat termasuk lah hudud agar dilihat lebih Islamik dikhuatiri menjejaskan imannya sendiri.

“Kalau Tun Mahathir kurang bermaklumat atau kurang arif, lebih baik beliau diam kerana ia akan menjatuhkan imannya sendiri.
 “Sebagai seorang Islam kita hendaklah jelas syarat atau tanda syahadah kita, apabila kita mengucap dua kalimah syahadah ialah kita mengakui Allah dan Rasul.

“Apa sahaja perintah Allah kita harus patuh kerana ia ikrar dan janji kita. Bukan seperti yang dituduh Tun untuk menunjukkan kita lebih Islamik berbanding orang lain,” kata beliau ketika ditemui di lobi Parlimen, 25 September lalu.

Ahli Parlimen Rantau Panjang itu juga berkata, kenyataan Mahathir itu juga boleh mengelirukan masyarakat.

“Kritikan Tun Mahathir banyak mengelirukan masyarakat Islam khususnya. Sebelum ini Tun kata hukum hudud rekaan ahli fekah bukan ada dalam al-Quran sedangkan ia jelas termaktub dalam alQuran,” tegasnya.

Mengulas dakwaan Mahathir berkenaan golongan yang tidak dinyatakan secara jelas itu, turut tidak mengambil kira hakikat bahawa komuniti Islam wujud bersama dengan komuniti bukan Islam, Siti Zailah berkata ianya sengaja ditimbulkan untuk menjauhkan orang bukan Islam dengan orang Islam.

Dalam keadaan kita berhadapan dengan PRU-13, Umno-BN dalam cukup gelisah dan mereka mencari isu apa sahaja yang boleh menjauhkan sokongan bukan Islam kepada Islam dengan cubaan mahu melagalagakan orang bukan Islam dan orang Islam.

“Tapi orang bukan Islam pun tak takut. Mereka sudah faham hukum ini bukan untuk mereka,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...