Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 25 September 2012

Kempen singkir kroni Mad Said dari PBSNT semakin panas

Poster kempen jatuhkan Che Mat
Tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak, rata-rata peminat bola sepak di negeri Terengganu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), lebih-lebih lagi terhadap ‘bos’ persatuan, Datuk Che Mat Jusoh yang dilihat begitu liat untuk terus berada di tampuk kuasa persatuan.

Apa yang diharap perubahan besar-besaran oleh rata-rata peminat nampaknya tidak membuahkan hasil menyebabkan wujud beberapa kumpulan penyokong bola sepak negeri Pantai Timur itu untuk bangkit menjalankan kempen ‘menyingkirkan’ Datuk Che Mat Jusoh yang dilabel sebagai sudah tua dan tidak berdaya lagi untuk memimpin PBSNT bagi menaikkan imej bola sepak Terengganu.

Bukan setakat kempen di laman sosial yang dikatakan hampir 4,000 orang telah menyertainya, bahkan dicetak poster-poster kempen ‘menyingkirkan’ orang politik yang ‘mesra’ dengan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said dari kumpulan veteran Umno Terengganu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...