Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 27 September 2012

Anak Bekas Ketua Cawangan Umno Pohon Maaf Kesalahan Ayahnya

SETIU - "Saya bagi pihak arwah Cikgu Mat memohon ribuan kemaafan kepada semua ahli PAS dalam DUN Batu Rakit, sekiranya semasa arwah memegang (jawatan) pengerusi JKKK,  ketua umno(Kampung) Balai Maras dan pengerusi masjid ada melakukan kesilapan kepada saudara-saudara,
"Kata Zulhairi Haji Che Mat ketika mengumumkan secara rasminya beliau meninggalkan umno.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Ceramah yang diadakan di Kampung Maras dekat sini, Isnin malam, 24 September.

Pada Majlis tersebut Zulhairi adalah antara 70 orang yang telah menyerahkan borang keahlian menjadi ahli PAS.

Sehubungan itu, beliau menyeru kepada semua rakan-rakan yang seangkatan dengan ayahnya, yang masih duduk dalam umno agar meninggalkan perjuangan parti tersebut.

"saya merayu kepada ahli-ahli umno yang sama usia dengan (arwah) saya, apa lagi yang kita hendak dengan pembangunan, umur sudah 50, 60, 70, kita masih bercerita tentang pembangunan dunia, sedangkan pembangunan akhirat di mana?,
"(walau pun umur sudah lanjut) masih tidak menjenguk masjid, kalau ada (pergi) pun (hanya) sembahyang Jumaat,"ujarnya.
Mengungkap tentang pembangunan negeri Terengganu yang didakwa 'hebat' oleh sesetengah pihak, anak muda ini berkata, beliau cukup benci dengan pembaziran yang telah dilakukan oleh kerajaan umno-BN Terengganu.
"benda yang membazir, yang saya lalu hari-hari, saya benci tengok (iaitu) stadium runtuh, (sebanyak) RM292 juta...gitu dia buat (jadinya), kalau buat rumah kepada orang-orang miskin (dengan) RM292 juta....berapa ribu boleh dapat,"luahnya.
Sekaligus bekas Pemuda Umno itu berikrar, bahawa beliau dan beberapa rakannya yang lain akan menjadi 'tulang belakang' menggerakkan kempen PAS menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"dan saya berjanji akan menjadi tulang belakang bagi menjatuhkan Umno dan Baisan nasional pada pilihanraya umum ke 13,"tegasnya.
Borang permohonan menjadi ahli PA tersebut diterima oleh penceramah jemputan yang juga Speaker DUN Kelantan, Datuk Ustaz Nasaruddin Daud.BO

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...