Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 27 September 2012

Pajak: Sesuai untuk rumah bawah RM100,000

KUALA LUMPUR 26 Sept. - Sistem pajak rumah lebih sesuai dilaksanakan jika ia hanya membabitkan perumahan kos rendah atau di bawah harga RM100,000.
Penganalisis ekonomi, Prof. Amir Baharuddin berkata, sekiranya skim tersebut dilaksanakan secara menyeluruh, ia akan menjadi satu perkara palsu pada nilai dan kos rumah.
"Contohnya jika ada 100 orang pembeli maka permintaan akan menjadi 200 orang," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan supaya syarikat-syarikat pelaburan kerajaan (GLIC) dan syarikat milik kerajaan (GLC) mengkaji menggunakan skim anuiti yang menghentikan penjualan rumah, sebaliknya memberi pajakan kepada golongan yang tidak berkemampuan.
Menerusi skim tersebut, rumah-rumah akan dipajak kepada golongan memerlukan sehingga akhir hayat mereka pada kadar jauh lebih rendah berbanding membeli atau menyewa rumah.
Menurut Amir, pihak kerajaan perlu mengawal harga rumah dan mengira segala kos keuntungan dengan betul serta tidak boleh membiarkannya.
"Melihat skim tersebut dengan skim sedia ada, ia tidak banyak beza dan jika ia kena pada sasaran, maka ia akan berjaya. Rakyat mungkin akan sokong jika ia membabitkan perumahan kos rendah," ujarnya.
Sementara itu, penganalisis ekonomi, Prof. Dr. Mohd. Fauzi Mohd. Jani berkata, skim tersebut perlu dikaji secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.
"Jika kos sesebuah rumah itu tinggi maka nilai pajakan juga akan tinggi. Ini yang menjadi masalah untuk mengawal harga rumah," katanya.
Menurut beliau, jika ia bergantung kepada permintaan tinggi dari pembeli dan harga rumah juga akan naik mendadak, kemungkinan skim tersebut tidak berkesan untuk dilaksanakan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...