Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 14 September 2012

Pemandu van didakwa merogol lagi

KLANG 13 Sept. - Baru sebulan diikat jamin dalam satu kes rogol gadis bawah umur, seorang pemandu van hari ini sekali lagi didakwa di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga tuduhan merogol tiga pelajar sekolah, termasuk kejadian yang didakwa berlaku 10 hari lalu.
Tertuduh Ahmad Mustapah Ridwan, 20, mengaku bersalah bagi satu tuduhan sahaja, namun minta dibicarakan atas tiga tuduhan lain.
Lelaki itu mengaku merogol gadis berusia 14 tahun lima bulan pada pukul 11.30 malam, 3 September lalu di rumahnya di No. 369-21, Jalan Mohd. Yamin, Kampung Delek Kiri, dekat sini.
Tertuduh bagaimanapun mengaku tidak bersalah merogol seorang lagi pelajar perempuan berusia 13 tahun tiga bulan di rumah yang sama sebanyak dua kali.
Kejadian itu didakwa berlaku antara pukul 12.39 tengah hari dan 6.30 petang, pada 1 Mac lalu dan antara pukul 8.20 malam dan 9.30 malam, 30 Mac lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lima tahun, maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Hafiza Sauni tidak mencadangkan sebarang jaminan memandangkan tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu ketika masih dalam tempoh jaminan bagi pertuduhan rogol di mahkamah sama beberapa bulan lalu.
Hakim Norsyaridah Awang menetapkan 8 Oktober ini, sebutan semula kes itu.
Di mahkamah sama, tertuduh turut didakwa merogol pelajar berusia 15 tahun di alamat yang sama pada pukul 9 malam, 19 Februari tahun lalu.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azilah Mat juga tidak mencadangkan sebarang jaminan atas alasan yang sama dengan kes terdahulu.
Norsyaridah menetapkan 23 Oktober ini, bagi sebutan semula kes itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...