Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 14 September 2012

Kawalan keselamatan kedutaan AS ditingkat

MANILA 13 Sept. - Kawalan keselamatan di semua kedutaan dan konsulat Amerika Syarikat (AS) di seluruh dunia, khususnya di Asia ditingkatkan hari ini setelah Duta AS ke Libya terbunuh dalam rusuhan membantah filem yang menghina Nabi Muhammad di Benghazi, Selasa lalu.
Di Filipina, pengawal keselamatan dan polis khas dilihat berkawal di luar Kedutaan AS di Manila menggunakan raifal, manakala jurugambar dilarang mengambil gambar.
Diplomat AS telah meminta tambahan anggota polis dan pengawal untuk memantau kawasan berhampiran kompleks kediaman duta termasuk konsulat Amerika di Cebu.
Pendekatan sama turut diambil di India dan Bangladesh dengan pihak berkuasa India dan Bangladesh menambah anggota polis dan pengawal keselamatan di bangunan kedutaan AS di kedua-dua negara itu.
Sementara itu, Indonesia, negara yang mempunyai penduduk Islam paling ramai di dunia dan Afghanistan menuntut YouTube menyekat filem tersebut daripada disiarkan melalui laman tersebut.
Pihak berkuasa Indonesia juga bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan Internet untuk menyekat akses filem tersebut. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...