Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 14 September 2012

sindiket lelongan harta

PELABUHAN KLANG - Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam, Selangor (Cassa) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa Kementerian Kewangan, Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat dakwaan pegawai bank terlibat sindiket lelongan harta pengguna.
Presiden Cassa, Datuk Dr Jacob George berkata, jenayah penyamaran sesetengah pegawai bank yang mempunyai hubungan  sindiket broker dan bidaan harga tanah akan mengakibatkan kepentingan pelabur dan ahli perniagaan sah terjejas.
"Kami menerima hampir 800 aduan kes berkaitan hartanah yang dilelong didakwa dibeli pembeli asing sebelum proses lelongan dimulakan.
"Sekiranya tiada ada sindiket, mengapa peguam dan pembeli turut palsukan maklumat dan data mereka?" katanya pada sidang media di sini, semalam.
Katanya, terdapat syarikat mendakwa tanah milik mereka  dilelong dengan tidak mematuhi syarat dan mendakwa penipuan dilakukan sebuah bank yang berkomplot bersama sebuah syarikat lain bagi kegiatan lelongan sindiket palsu.
Dr Jacob berkata, syarikat yang didakwa ditipu itu membuat laporan polis kelmarin, selain meminta Cassa membantu mereka bagi mendapatkan semula tanah milik syarikat tersebut.
Sehubungan itu, beliau turut akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada sesi Parlimen yang akan datang.
Sementara itu, Pegawai kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berharap, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Kewangan dan Majlis Peguam Negara siasat urus niaga yang melibatkan pemerdagangan barangan di atas tanah milik syarikat itu, sekali gus melindungi premis mereka berserta 800 pengadu lain.
"Perkara ini melibatkan pengguna dan saya meminta meminta agensi kerajaan yang berkaitan menyiasat penipuan yang dilakukan pihak bank ini.
"Perkara ini tetap berlaku dan siasat siapa dalang sindiket ini. Perkara ini menyebabkan hampir 1,300 pegawai kerajaan  disenarai hitam," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...