Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday, 28 December 2011

Doni akhirnya mengaku terbabit atur perlawanan


ROME: Skandal mengatur keputusan perlawanan kembali menggegar bola sepak Itali semalam apabila peguam membuktikan bekas kapten Atalanta dan pemain tengah Itali, Cristiano Doni mengakui terbabit dengan perjudian haram.
Laporan turut menyatakan pemain lain yang dituduh, bekas pemain pertahanan Piacenza, Carlo Gervasoni memberitahu pendakwa raya bahawa lebih banyak perlawanan Itali berbanding yang disyaki sebelum ini terbabit dalam perjudian haram dan mengatur perlawanan termasuk perlawanan Serie A.

Pemain yang baru dinaikkan taraf ke Serie A, Atalanta dipotong enam mata dan Doni digantung tiga tahun setengah pada Ogos lalu selepas persekutuan bola sepak negara itu melakukan siasatan ke atas perjudian haram dalam Serie B musim lalu namun Doni sebelum ini tidak mengaku bersalah.
Selasa lalu, agensi berita ANSA menyiarkan keterangannya di depan pendakwa raya jenayah di mana dia mengakui terbabit dalam perjudian haram ‘hanya kerana minat terhadap pasukannya dan berharap dapat membantu mereka mencapai objektif layak ke Serie A pada musim itu’.

Atalanta yang berada di tangga ke-11 Serie A meskipun dikurangkan mata mengeluarkan kenyataan minggu lalu bahawa mereka “terkejut dan amat kecewa” selepas mendengar berita mengenai Doni yang mengakui terbabit dengan perlakuan jenayah berikutan penangkapannya bulan ini.

Seramai 16 lagi ditahan apabila polis melakukan siasatan mendalam bersama persekutuan bola sepak dengan memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti mengaitkan tertuduh dengan kumpulan jenayah di Singapura dan Eropah Timur. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...