Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday, 26 December 2011

makan Daging Anjing untuk hidup


IPOH: “Saya pernah membunuh dan memakan daging anjing kerana terlalu lapar, malah ramai rakan yang pernah melakukannya,” jelas seorang kutu rayau papa yang hanya mahu dikenali sebagai Ravi, 55.
Menurutnya, dia sudah lali dengan tabiat memakan haiwan liar, sampah dan sisa makanan yang dikutip dari tong sampah atau restoran sekitar bandar raya ini.

“Saya telan apa saja untuk mengisi perut dan tidak jijik walaupun terpaksa menjamah nasi basi atau makanan yang sudah dibuang ke dalam tong sampah.

“Bagaimanapun, saya bernasib baik kerana tidak pernah sakit perut kerana makan ‘hidangan’ yang sepatutnya tidak boleh lagi dimakan manusia,” katanya sejurus diberkas dalam operasi ‘Ops Bersepadu Menyelamatkan Orang Papa dan Pengemis’ anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sekitar bandar raya Ipoh, di sini, semalam.


Ketika ditahan, lelaki berkenaan enggan memberi kerjasama, sebaliknya mengeluarkan kertas lusuh yang didakwa surat pengesahan sakit diberikan doktor.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...