Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Showing posts with label Bola sepak. Show all posts
Showing posts with label Bola sepak. Show all posts

Wednesday, 28 December 2011

Marchisio optimis

ROME: Selepas kali terakhir Juventus memenangi ‘scudetto’ lapan tahun lalu, pemain tengah, Claudio Marchisio kini percaya kelab itu kembali memiliki mentaliti juara di bawah kendalian Antonio Conte.
Enam gol dalam saingan liga oleh Marchisio membantu Bianconeri merekodkan 16 perlawanan tanpa kalah di awal musim dan mereka kini berkongsi kedudukan di tangga teratas Serie A bersama juara AC Milan menjelang tahun baru.

“Conte membentuk mentaliti baru ke dalam kelab ini,” kata Marchisio kepada Reuters. “Salah satu kelebihannya adalah memadam ketakutan yang menyelubungi kelab ini selepas beberapa tahun meraih keputusan mengecewakan.
Dengan 27 kejuaraan scudettos, lebih sembilan berbanding AC Milan dan Inter Milan, Juventus adalah kelab Itali paling berjaya di peringkat domestik namun mereka bergelut sejak skandal calciopoli 2006 di mana kejuaraan scudettos pada 2005 dan 2006 mereka ditarik balik dan disingkirkan ke Serie B.

“Conte digelar ‘tukul’ oleh segelintir pemain dan mungkin tidak ada gelaran lain yang lebih tepat untuk dirinya,” kata pemain berusia 25 tahun itu.

“Jurulatih tahu apakah maksud kemenangan sebenar dan beliau membawa mentaliti itu kepada kelab setiap hari menerusi kesungguhannya.” Kelab gergasi Turin itu yang terlepas peluang beraksi di kejohanan Eropah musim lalu selepas menamatkan kempen liga di luar kelompok enam pasukan terbaik turut mendapat kelebihan di gelanggang baru, Juventus Arena iaitu stadium pertama dimiliki kelab.

“Saya tidak boleh meneka berapa banyak mata tambahan kami peroleh musim ini,” kata Marchisio. “Tapi apa yang saya boleh nyatakan adalah perasaan apabila mendengar penyokong bersorak memberi semangat. Melihat wajah mereka dengan lebih dekat memberi tenaga tambahan dan banyak membantu anda.” Stadium yang memiliki kapasiti 41,000 penonton itu menyaksikan Marchisio meledak dua gol lewat permainan Oktober lalu untuk mengalahkan Milan 2-0. Kemenangan itu cukup penting di penghujung musim memandangkan kedudukan Serie A bergantung kepada rekod pertemuan dan bukannya perbezaan gol selepas kiraan mata.

“Saya fikir sistem baru ini membantu mempamerkan kualiti terbaik saya,” kata Marchisio. “Saya fikir diri saya adalah pemain tengah yang mempunyai kemampuan teknikal yang bagus dan bertenaga. Gaya permainan yang diterapkan membantu meningkatkan permainan dan membolehkan saya menghampiri pertahanan lawan.” - Reuters

Doni akhirnya mengaku terbabit atur perlawanan


ROME: Skandal mengatur keputusan perlawanan kembali menggegar bola sepak Itali semalam apabila peguam membuktikan bekas kapten Atalanta dan pemain tengah Itali, Cristiano Doni mengakui terbabit dengan perjudian haram.
Laporan turut menyatakan pemain lain yang dituduh, bekas pemain pertahanan Piacenza, Carlo Gervasoni memberitahu pendakwa raya bahawa lebih banyak perlawanan Itali berbanding yang disyaki sebelum ini terbabit dalam perjudian haram dan mengatur perlawanan termasuk perlawanan Serie A.

Pemain yang baru dinaikkan taraf ke Serie A, Atalanta dipotong enam mata dan Doni digantung tiga tahun setengah pada Ogos lalu selepas persekutuan bola sepak negara itu melakukan siasatan ke atas perjudian haram dalam Serie B musim lalu namun Doni sebelum ini tidak mengaku bersalah.
Selasa lalu, agensi berita ANSA menyiarkan keterangannya di depan pendakwa raya jenayah di mana dia mengakui terbabit dalam perjudian haram ‘hanya kerana minat terhadap pasukannya dan berharap dapat membantu mereka mencapai objektif layak ke Serie A pada musim itu’.

Atalanta yang berada di tangga ke-11 Serie A meskipun dikurangkan mata mengeluarkan kenyataan minggu lalu bahawa mereka “terkejut dan amat kecewa” selepas mendengar berita mengenai Doni yang mengakui terbabit dengan perlakuan jenayah berikutan penangkapannya bulan ini.

Seramai 16 lagi ditahan apabila polis melakukan siasatan mendalam bersama persekutuan bola sepak dengan memaklumkan bahawa mereka mempunyai bukti mengaitkan tertuduh dengan kumpulan jenayah di Singapura dan Eropah Timur. - Reuters

Ancelotti jurulatih baru Germain


PARIS: Pendahulu Liga Perancis, Paris Saint-Germain dijangka mengesahkan Carlo Ancelotti sebagai jurulatih baru mereka, hari ini bagi menggantikan Antoine Kombouare.
Akhbar harian sukan, L’Equipe dan Le Parisien melaporkan Ancelotti yang mempunyai pengalaman lapan tahun menerajui AC Milan dari 2001 dengan dua kali menjulang trofi Liga Juara-Juara, tidak terbabit dengan bola sepak sejak Chelsea memecatnya pada hujung musim lalu selepas dua tahun membimbing The Blues.

Beliau kini dipercayai bersetuju dengan kontrak dua setengah tahun bersama PSG dan jika benar laporan mengenai gajinya di antara enam hingga tujuh juta euro semusim, Ancelotti mungkin menjadi jurulatih paling mahal di Perancis.
Ancelotti akan berada di Timur Tengah pada Ahad ini untuk menyertai pasukan PSG yang sedang menghadapi cuti musim sejuk di Qatar dan Dubai sehingga 5 Januari depan sebelum mengendalikan perlawanan pertamanya - saingan Piala Perancis, menentang kelab bahagian bawah, Locmine pada 8 Januari.

PSG yang kali terakhir memenangi takhta Perancis pada 1994 apabila mereka mempunyai pemain bertaraf bintang seperti George Weah dan David Ginola, memastikan tempat teratas Ligue 1 pada peringkat pertengahan musim ini selepas menewaskan Saint-Etienne minggu lalu.

Tapi, kelab kaya yang dimiliki rakyat Qatar itu tampak lebih berminat untuk menggantikan Kombouare dengan nama lebih besar yang dikenali di peringkat antarabangsa.

Kombouare, sendiri yang pernah menjadi pemain PSG, masih belum disingkirkan secara rasmi tapi dikatakan sudah menerima hakikat yang nasibnya mungkin tidak lagi berada di Parc des Princes.

Antara nama lain yang pernah timbul untuk menggantikan tempatnya adalah bekas jurulatih Barcelona berasal dari Belanda, Frank Rijkaard dan bekas pemain tengah PSG, Claude Makelele yang kini terbabit dengan peranannya di belakang tabir sebagai penasihat kepada pengarah kesukanan, Leonardo.
Leonardo sebelum ini dilaporkan berminat untuk membawa veteran England, David Beckham bermain di Paris dengan gaji tinggi. Begitupun belum ada pengumuman rasmi mengenai kehadirannya meskipun kelab itu walaupun dikatakan sudah mencapai persetujuan dengan pemain berusia 36 tahun itu. - AFP

Thursday, 22 December 2011

Syabas skuad Harimau Malaya...namun masih gagal pecahkan rekod 1993


KUALA LUMPUR - Skuad bola sepak kebangsaan mengakhiri tahun 2011 di kedudukan ke-148 ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), naik tujuh anak tangga berbanding bulan lepas.
Peningkatan ranking pasukan negara itu adalah hasil beberapa perlawanan persahabatan antarabangsa yang diatur Persatuan Bolasepak Malaysia sepanjang tahun ini.
Menurut ranking terbaru FIFA yang dikeluarkan hari ini, Malaysia memungut tambahan tujuh mata selepas perlawanan persahabatan itu.
Bagaimanapun, kedudukan terbaik skuad negara tahun ini adalah pada Mac lepas iaitu di tangga ke-138, yang pada hakikatnya masih jauh berbanding kedudukan terbaik Malaysia di tangga ke-75 pada 1993. - BERNAMA

Monday, 19 December 2011

FAM kena turun padang cari bakat baru



Kalau lah Negara Malaysia bercita- cita mahu menjadi gergasi bolasepak di persada dunia, FAM kenalah mencari bakat - bakat awal di seluruh negara . Moga- moga negara Malaysia dapat menjuarai Piada Dunia suatu hari nanti.

SEJARAH BOLA SEPAK !!!



Kalangan ahli sejarah menemukan Bukti, ternyata bolasepak telah dimainkan 300 tahun sebelum cabang Sukan itu dijumpai.

Pertandingan bolasepak pertama dilakukan antara Amerika dan Scotland pada 1872. Bukti baru Menunjukkan bolasepak dimainkan oleh kerajaan pada Abad ke-15.
Pemain menggunakan kulit babi yang dibentuk seperti bola untuk memainkan bolasepak dan ketika itu hanya kaki yang boleh digunakan.

Richard McBrearty, kurator di Muzium Bola Sepak Scotland, juga menemukan naskah kuno tentang Raja James IV dari Scotland yang membayar dua shiling untuk membeli satu beg mengandungi "bola" pada 1497.

"Bolasepak lebih cepat berevolusi dibanding Revolusi Abad ke-19," kata McBrearty, yang membuat penemuan itu pada reka ulang dukumen lama di Perpustakaan Scotland.

Salah satu laporan menyebutkan, pertandingan bolasepak ketika itu diikuti 20 pemain yang diadakan di depan Elizabeth I pada 1569, dan setiap pemain menendang dari satu gawang ke gawang lain yang dibuat dari batang pokok, di padang yang luasnya sekitar 50 meter.

KREDIT TO Rymaeq Aishite (Ubola Network Fans)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...