Tabung Anak-Anak
Tabung Anak-Anak
Tuesday, 27 December 2011
Rezeki selepas air pasang besar
BACHOK - Di sebalik kebimbangan orang ramai terhadap fenomena air laut pasang besar yang berlaku beberapa hari lalu di daerah Dungun, Terengganu dan sepanjang pantai di sini, wujud pula rahmat yang menawarkan rezeki melimpah kepada para penduduk.
Selepas kejadian tersebut, beberapa jenis hidupan laut terutamanya remis kelihatan bertaburan di sepanjang pantai berkenaan.
Antara pantai yang menjadi tumpuan untuk mengutip remis yang dikatakan enak dijadikan juadah ialah Pantai Canggung dekat sini.
Seorang penduduk, Mohd. Wajdi Hanafi, 49, berkata, remis yang hidup di dasar laut itu dibawa bersama ombak besar sehingga ke kawasan pesisir pantai.
Menurutnya, remis boleh didapati di pesisir pantai sekali dalam tempoh setahun pada waktu penghujung musim sekitar Januari, namun fenomena air pasang besar ini telah menyebabkan hidupan laut tersebut bertaburan di pesisir pantai lebih awal.
"Pelbagai cara atau resipi boleh digunakan untuk menikmatinya seperti digoreng, masak tumis pedas, sup, dijadikan pekasam dan juga enak disalai.
Labels:
REZEKI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment