Beliau mengulas laporan portal berita mengenai tindakan seorang paderi yang juga pemimpin tertinggi Gereja National Evangelical Christian Fellowship (NECF), Rev Dr Eu Hong Eng, mempersoalkan Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan dalam rumah ibadat sempena perayaan Krismas, Ahad lalu.
Menurutnya, lebih baik semua pihak berpegang kepada apa yang dilaksanakan selama 54 tahun seperti tertakluk dan rakyat Malaysia juga sudah tahu kedudukannya.
“Itu tafsiran yang tidak betul. Bagi saya, apapun ia termaktub dalam Perlembagaan, ada sejarahnya, ada rasionalnya tetapi di samping itu Perlembagaan memberi perlindungan serta keistimewaan berlainan yang adil untuk semua kaum. “Saya tak fikir ia perlu dicetuskan dengan tafsiran baru. Apa yang penting ialah amalan perkara yang termaktub dalam Perlembagaan dan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) memberi layanan yang adil serta saksama untuk semua kaum.
“Kerajaan memberi tumpuan kepada usaha membantu semua peringkat masyarakat dalam soal ekonomi dan sosial yang dimeterai dalam kontrak dilaksanakan selama ini. “Saya harap tiada ungkapan dicetuskan hanya untuk tujuan tertentu, lebih baik kita berpegang kepada apa yang sudah dilaksanakan 54 tahun. Ini tertakluk dan rakyat Malaysia sudah tahu kedudukannya.
“Jadi kalau debat dicetuskan hanya untuk membangkitkan perasaan perkauman atau tak puas hati, bagi saya itu tidak membantu negara atau rakyat dalam usaha perpaduan kaum,” katanya.
Beliau membidas soalan wartawan portal berita bahawa pemimpin tertinggi gereja itu dilaporkan menyuarakan pendapat mengenai Artikel 153 hanya membela satu pihak iaitu Bumiputera seperti membuli kaum lain.
Katanya, itu pandangan tersendiri pihak berkenaan dan tetapi dari segi kerajaan dan banyak pihak, Perlembagaan negara tak harus dipertikaikan.
Katanya, beliau masih menunggu laporan penuh agensi itu berkaitan dua Bombardier Aerospace CL415MP dengan sebuah tersadai sejak akhir tahun lalu manakala sebuah lagi hampir enam bulan.
“Kita sedang mengkaji perkara ini dan menunggu laporan penuh sebelum mengambil langkah seterusnya,” katanya mengulas laporan sebuah akhbar kelmarin.
Akbar itu memetik, berdasarkan laporan tahunan APMM 2010, pesawat berkenaan tidak boleh diterbangkan kerana agensi itu belum menandatangani kontrak penyelenggaraan berikutan kekurangan dana.
Menurut laporan itu, APMM diarah Perbendaharaan supaya merunding semula kontrak dengan AJ Aeroservices Sdn Bhd berhubung penyelenggaraan kedua-dua pesawat itu kerana kos melebihi bajet agensi.
Sementara itu, Muhyiddin berkata, beliau tidak tahu mengenai dakwaan salah laku yang dikaitkan dengan pegawai kanannya tetapi berjanji melihat perkara itu secara mendalam.
Beliau ditanya dakwaan penulis blog Whistleblower 771 bahawa pegawai kanan timbalan perdana menteri itu menerima sogokan.
“Saya akan siasat. Kalau apa-apa perkara berkaitan dengan siapa pun kalau ada berkaitan dengan saya, saya siasat,” katanya.
No comments:
Post a Comment