Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 19 December 2015

SIFAT-SIFAT MALAIKAT

1. Malaikat dijadikan daripada cahaya
Rasulullah S.A.W telah bersabda :
Maksudnya : Dari Aisyah R.A. berkata, dari Rasulullah S.A.W bersabda : “ Malaikat dijadikan daripada cahaya, jin dijadikan daripada percikan api dan manusia dijadikan daripada bahan yang telah diberitahu kepada kamu.”
(Riwayat Muslim)
2. Malaikat tidak bersifat dengan lelaki dan perempuan
Allah S.W.T berfirman di dalam Surah Al-Najm ayat 27-28 :
Maksudnya : “Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada Hari Akhirat sahajalah, yang tergamak menamakan malaikat itu dengan nama perempuan, sedang mereka tidak mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya. Mereka tidak lain hanyalah mengikut sangkaan semata-semata, padahal sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu daripada kebenaran i’tikad”.
(Surah Al-Najm : 27-28)
3. Malaikat tidak dapat dilihat
Malaikat ialah suatu makhluk yang halus dan termasuk dalam alam ghaib yang tidak termasuk dalam golongan makhluk yang wujud jasmaniyahnya iaitu malaikat tidak dapat dilihat, diraba, didengar, dicium dan dirasa.
Maksudnya : Dari Abu Salamah bahawasanya ‘Aisyah R.A. berkata, Rasulullah S.A.W bersabda :  “Wahai ‘Aisyah, ini Jibril datang dan dia menyampaikan salam kepadamu! ‘Aisyah pun menjawab: Begitu pula ‘alaihis salam wa rahmatullah (baginya keselamatan dan rahmat Allah), dia dapat melihatku sedangkan aku tak dapat melihatnya.
(Muttafaq ‘Alaihi)
4. Malaikat boleh menjelma dengan pelbagai rupa
Allah S.W.T telah menceritakan penjelmaan malaikat dalam pelbagai bentuk termasuk bentuk manusia dalam firman-Nya di dalam Surah Maryam ayat 17 :
Maksudnya : “Maka Kami hantarkan kepadanya Roh dari Kami, lalu ia menyamar diri kepadanya sebagai seorang lelaki, yang sempurna bentuk kejadiannya.
5.Malaikat terpelihara daripada melakukan dosa
Malaikat dijadikan dengan fitrah taat kepada Allah S.W.T dan terlindung daripada melakuan maksiat. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al-Tahrim ayat 6 :
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarnya manusia dan batu berhala; neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar layanannya; mereka tidak menderhaka kepada Allah S.W.T dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”
(Surah Al-Tahrim : 6)
6.Malaikat tidak makan, tidak minum, tidak tidur, tidak berkahwin dan bersih dari mempunyai nafsu syahwat. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...