Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 19 December 2015

KESAN PERBUATAN DOSA

Ketahuilah wahai saudara-saudaraku,bahawa sesungguhnya dosa-dosa kita akan mewarisi kelalaian di dalam kehidupan kita, dari kelalaian pula akan mewarisi kedegilan, dari kedegilan akan membawa kepada tindakan yang menjauhkan diri daripada Allah s.w.t dan akhirnya tindakan menjauhkan diri dari Allah s.w.t akan mewarisi pula neraka Allah s.w.t.
Mereka yang berfikir dalam-dalam mengenai persoalan ini,hanyalah mereka yang hidup hatinya,sementara yang mati hatinya,akan terus mati jiwa mereka kerana cintakan dunia.( al-Haris al-Muhaasibi)
  • Manusia akan memasuki ke dalam neraka Allah s.w.t melalui tiga pintu:
Pintu pertama: SHUBHAT akan mewarisi perasaan ragu terhadap agama Allah s.w.t.
Pintu kedua:  SHAHWAT akan mewarisi mengutamakan hawa-nafsu daripada mentaati dan keredhaan Allah s.w.t.
Pintu ketiga: MARAH yang akan mewarisi permusuhan dengan makhluk-makhluk Allah s.w.t.
  • Usul atau punca kepada semua kesalahan manusia ada tiga:
Usul pertama: AL-KIBRU iaitu bangga diri saperti kesombongan iblis yang enggan sujud kepada Adam .
Usul kedua: AL-HIRS iaitu keinginan yang teramat sangat saperti perbuatan yang mengeluarkan nabi Adam a.salam dari syurga.
Usul ketiga: AL-HASAD iaitu dengki saperti yang berlaku kepada anak nabi Adam a.salam.
  • Sesiapa yang bersih dari ketiga-tiga usul ini maka selamatlah ia dari keburukan dan kejahatan.
Kesombongan dan kebongkakan boleh menyebabkan sesorang itu menjadi kafir ( moga Allah s.w.t menghindarinya daripada kita semua) .
 Keinginan yang teramat sangat boleh menyebabkan seseorang itu melakukan perkara-perkara maksiat.
Hasad dengki pula akan menyebabkan lahirnya tindakan yang zalim. (Ibnu Qaiyiim)
Perbuatan maksiat akan memberikan kesan yang buruk,tercela dan kemudharatan kepada hati dan tubuh badan manusia di dunia dan di akhirat. Di antaranya ialah terhalang dari memperolehi ilmu dan rezeki,menghasil hubungan yang buruk di antara pembuat maksiat dengan Allah s.w.t serta hubungannya dengan makhluk-makhluk Allah s.w.t yang lain,menghadapi kesukaran di dalam urusannya,menggelapkan hati,wajah dan kuburnya,melemahkan hati dan badan,hilang keberkatan umurnya,melemahkan kemahuan hati untuk mendampingi Allah s.w.t dan hilangnya perasaan buruk dan benci di hati terhadap perkara-perkara dosa.
Perkara dosa juga menyebabkan seorang bermain-main terhadap Allah s.w.t,memberikan kesan kejahatannya kepada manusia dan binatang,mewarisi kehinaan,merosakkan akal,dicetak hatinya,termasuk di dalam mereka yang dilaknat oleh Rasulullah s.a.w ,diharamkan daripada termasuk di dalam doa-doa nabi ,doa-doa para malaikat untuk keampunannya. 
Perbuatan maksiat juga menjadi penyebab kepada berbagai seksaan di alam barzah,berlakunya berbagai kerosakkan di mukabumi,hilangnya perasaan malu,cemburu dan mengagungkan Allah s.w.t..ia juga penyebab kepada lupanya Allah s.w.t terhadap hambaNya,mengeluarkan hambaNya dari daerah al-ihsan,tertegah pahala orang-orang yang baik,menghilangkan nikmat,menghalalkan hukuman,menjadikan sesorang itu di dalam ketakutan dan kebimbangan,menyebabkan hatinya sakit dan mati padahal sebelumnya hidup dan menutup pandangannya.
Pembuat maksiat akan sentiasa berada di dalam tawanan syaitan, tawanan nafsu ammaratul yang menyeru kepada perkara jahat dan penjara syahwat.
Kesimpulannya; kesemua kejahatan dan keburukan dunia serta akhirat keatas hati dan badan secara umumnya atau khususnya adalah berpunca daripada perbuatan dosa dan maksiat!!
(al-Haaris Al-Muhasibi)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...