Umi Hafilda Ali menyeru abangnya Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya kembali ke pangkuan keluarga yang beliau tinggalkan semata-mata untuk berjuang dan menjaga kepentingan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Umi Hafilda berkata dia kesal dengan Azmin yang telah “disesatkan” oleh Anwar sehingga sanggup membuang keluarga dan tidak pulang berhari raya menjenguk ibu sendiri.
"Mana moral anda (Azmin) hingga sanggup meninggalkan ibu sendiri dan adik-beradik kerana Anwar yang tidak bermoral.
"Tak usahlah bercakap tentang keadilan kalau dengan ibu sendiri tidak berlaku adil meninggalkannya selama lima bulan tanpa diziarahi,"
Umi Hafilda berkata ibunya telah menghubungi Azmin berpuluh kali selama ini tetapi abangnya serta keluarga diam membisu dan tidak melayani rayuan ibu mereka.
Tidak ziarah 5 bulan pun kecoh...kat luar sana melambak yang tidak balik rumah bertahun - tahun . Masalah keluarga tidak patut dihebohkan dalam media kerana perbezaan politik . Baik lah bincang elok- elok di luar melainkan ader niat tertentu . Elok sangat kah memburukkan abang kandung sendiri di kalayak ramai. Macam -macam dengan politik sekarang.
No comments:
Post a Comment