Ketua Penolong Pengarah Bahagian Geofizik dan tsunami jabatan itu, Ahmad Zaki Mohamad Saat berkata nasihat tsunami yang dikeluarkan sebelum ini ditarik balik selepas pemantauan di negeri berkenaan jam 7 pagi tadi didapati memuaskan.
Sementara itu, Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah serta polis mengesahkan tiada aduan diterima daripada orang awam mengenai gegaran yang berpunca dari gempa bumi itu.
Pihak berkuasa di Langkawi juga tidak menerima sebarang laporan gegaran dirasai di pulau itu yang biasanya merasai gegaran setiap kali berlaku gempa bumi di Sumatera.
Sumber TV online
Agak- agak bilakah masanya Malaysia mengamalkan sepenuhnya apa yang terkandung dalam al - quran ?
Jangan sampai bala turun dulu baru nak mengamalkan islam seperti mana Acheh yang menguatkuasakan undang - undang islam . Itu pun ramai lagi yang melanggar peraturan islam di sana padahal diorang mengalami saat- saat gempa bumi yang teramat dashyat beberapa tahun lepas .
Sedar lah wahai manusia, nafsu sentiasa mendorong manusia ke arah kerosakan dan kebinasaan.
Aku risau jer suatu hari nanti malaysia terkena bala dari teruk dari Tsunami Acheh.....
No comments:
Post a Comment