Saya tidak mahu beliau (Anwar) mengheret rakyat menjunjung perjuangannya yang saya rasa amat kotor, ini yang saya perjuangkan.
"Saya tidak sanggup hadir menyokong Anwar esok, saya antara orang PAS yang tidak sanggup membuat justifikasi mengapa Anwar harus jadi Perdana Menteri," katanya kepada pemberita di kediamannya di Damansara.
"Saya paling tidak seronok bila ada desakan daripada Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) untuk pecat saya. Macam mana orang PAS boleh ditunjuk sedemikian rupa.
"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.
"Apa hak Azmin mahu campuri rumahtangga PAS. Apapun terjadi, saya dipecat, digugur atau apa sekalipun, saya akan berjuang demi Islam, institusi Raja dan demi bangsa Melayu di negara ini," katanya.
Sumber : Malaysiakini
Hasan Ali tak habis- habis menyusahkan . Kamu ingat ramai sokong kamu ker setelah menikam parti dari belakang dan banyak kali membelakangkan parti. Kalau dah rasa kuat sangat apa kata kamu tubuhkan parti baru seperti mana Anwar Ibrahim setelah disingkir dari Umno. Itu baru betul- betul anak Jantan.
Kalu tak berapa anak jantan, baik kamu masuk Perkasa saja.....
Jika ader yang pergi pun, bukan soal menyokong Anwar Ibrahim bakal Perdana Menteri Malaysia tapi soal kezaliman terhadap Anwar Ibrahim....bagi pendapat aku tidak mungkin Anwar meliwat Saiful Bukhari..itulah faktanya.
Sebenarnya aku antara ahli Pas menyokong penuh kamu dipecat . ...Terima kasih kepada kepimpinan pusat kerana berani ambil tindakan keras terhadap Hasan Ali
No comments:
Post a Comment