Hati itu ibarat Istana sebuah keindahan yang tak nampak, sebuah keagungan yang tak terlihat, namun dapat dirasakan akan tetapi apabila hati sudah ternoda berdosa maka istana itu bertukar menjadi tempat pembuangan sampah yang penuh dengan najis dan menjijikkan. Maka tidak hairan lah jika terkotor dan penuh kekotoran manusia sanggup membuat apa saja demi kepuasan nafsu semata- mata malah sanggup membunuh ibubapa sekalipun.
Meski hati bukanlah Tuhan tapi jangan biarkan hati menjadi sarang-sarang syaitan, tempat syaitan bermaharajalela .
Mengabaikan masalah hati adalah tanda awal dari sebuah kesesatan.
Hati bukanlah gudang kebenaran, kerana hati hanyalah tempat persinggahan petunjuk yang difahami melalui ajaran kebenaran. Menidakkan kebersihan hati adalah kenistaan dan menutup pintu hati bererti membuka pintu kesombongan dari jalan Allah jalan yang benar yang membawa kepada kebenaran.
No comments:
Post a Comment