SKOR A… mesti korang biasa dengar benda ni kan? terutama di kalangan cikgu-cikgu, ibubapa dan para pelajar. so, aku nak cerita macam mana kawan aku terkena akibat dari program ni. sebenarnya aku pun dah dimasukkan dalam kategori mangsa, cuma aku mengelak sampai la kawan aku ni terkena dulu. sepatutnya hari ni adalah hari perjanjian aku nak jumpa dia. konon nak jaga hati kawan jugak la aku ni.. sebelum tu, kalau korang skroll entry lama aku bagaimana mengatakan tidak yang aku buat sebelum ni adalah sebab aku nak menolak secara halus. aku dah aplikasikan semua apa yang aku tulis dalam entry ni. aku siap pos entry ni kat FB aku lagi, tapi pemangsa ni tak paham-paham akibat dari ketaksuban dia nak mengejar komisyen yang banyak. sanggup buang sifat malu dan aniaya kawan semata-mata keran sistem ni yang aku anggap sama macam MLM yang lain.
ok, alkisahnya macam ni. kawan aku telah dipaksa menyertai sistem yang dibuat oleh SKOR A ni dengan membayar sebanyak rm4600. mungkin bagi korang amount ni seciput jer. tapi bagi kitaorang yang bergaji sederhana ni, amount ni sangat-sangat bernilai. kawan aku nak guna duit ni untuk bayar lawyer loan rumah dia sebenarnya. tapi akibat situasi dan desakan yang dia alami waktu tu, dia terpaksa keluarkan jugak duit tu. ada gak pakej yang rm6000++ kawan aku ni dipaksa. tapi disebabkan dalam bank dia tak de duit sebanyak tu, dia terselamat sekejap. aku rasa kebanyakan MLM akan guna trick ni. kalau orang tu memang minat atau pandai meniaga tak per la. tapi kalau orang yang pemalu dan baik hati macam kawan aku ni memang naya. sebab dia dipaksa untuk menganiaya orang lain. tapi dia tak sampai hati. so, teknik yang telah digunakan dan diajar kat kawan aku macam ni:
- jangan cerita apa produk atau bisnes yang sedang dijalankan. (maksudnya jangan bagi tajuk @ nama syarikat la)
- bawa kawan ke tempat seminar hanya sorang jer. jangan bagi dia bawa kawan. (nanti susah nak pengaruh kalau berdua. lagipun kalau sorang korang akan rasa takut-takut sikit)
- kalau boleh ambik dia datang rumah. jangan bagi dia naik kenderaan sendiri. (kalau tak nanti mesti senang dia nak lari balik kan?)
- jangan bagitau kita nak bawa dia pegi mana. just cakap bawa jalan-jalan atau minta temankan ke mana-mana. (kejam kan?)
- yang penting, bawa jer prospek datang tempat seminar. yang lain-lain akan diuruskan oleh mereka yang pakar. (konon-kononnya la. pakar psiko sebenarnya)
- jangan bagi peluang dia berfikir panjang. lepas dengar ceramah jer terus daftarkan nama dia. (so, kat sini korang akan dipaksa bayar duit bila korang dikelilingi oleh orang-orang macam ni)
untuk orang-orang kuat MLM kat luar sana, cari lah orang yang boleh berniaga untuk dijadikan downline kita. jangan semua kawan yang ada dalam phonebook telefon kita nak dijadikan mangsa. kesian la kat diaorang. bukan semua pandai berkata-kata. tak semua sampai hati nak mencari mangsa.
maaf andai ada yang terasa dengan entry aku kali ni. mungkin tak semua MLM macam ni. tapi sebahagian orang yang taksub untuk megejar kesenangan dunia tak kan terfikir apa yang sedang menanti diaorang kat akhirat sana. assalamualaikum…;)
Credit article ni aku dapt drp penaumi.com
No comments:
Post a Comment