Ini maklumat terkini yang aku terima.Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan siasatan terhadap kes Pusat Fidlot Nasional (NFC) dan pembelian kondominium mewah di One Menerung, Bangsar di sini, yang dikaitkan dengan keluarga seorang Menteri Kabinet tidak mempunyai unsur pecah amanah dan penyelewengan.
Jadi ia bermaksud duit pinjaman sebanyk 250 juta yang diluluskan oleh kerajaan untuk projek penternakan lembu dibolehkan untuk membeli aset- aset lain seperti kondominium dan lain - lain perbelanjaan yang langsung tidak bersangkut paut dengan lembu. Ia mungkin bekalan lembu dalam pasaran negara jauh lebih mencukupi ...haha... Ini lah dinamakan pelaburan bijak dan rakyat jelata yang masih lagi yang bergantung kepada lembu import dari thailand yang dibeli dengan harga yang mahal tidak bersemangat patriolitik memandangkan lembu sudah mencukupi dalam negara kita....Ini juga adalah situasi menang- menang ...Siasatan yang dijalankan pihak polis adalah cukup professional dan teliti ini menjalankan penyiasatan cukup lama dan amat menyakinkan rakyat jelata. Mungkin isu ini tidak dapat lagi digunakan oleh pihak pembangkang memandangkan siasatan polis ini adalah cukup telus dan amat teliti....
No comments:
Post a Comment