Menurutnya, dia kini mahu menghilangkan tekanan dialami selepas skuad bola sepak negara kecundang kepada Bahrain 2-3 pada kelayakan Sukan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.
Harian Metro, semalam melaporkan, Khairul Fahmi dilanda kontroversi terbaru berikutan penyebaran lima gambar mesranya bersama seorang wanita yang kini tersebar luas menerusi beberapa blog hiburan.
“Berilah saya masa seketika untuk berehat. Saya masih dalam tekanan ditambah pula kekalahan skuad negara malam tadi (kelmarin),” katanya.
Menurutnya, biarpun tewas kepada Bahrain, namun dia sudah beraksi habis-habisan menjaga gawang Malaysia daripada dibolosi.
“Saya menganggap tiada rezeki memenangi perlawanan itu. Sekarang ini saya hanya mahu menghilangkan tekanan akibat kekalahan itu dan berilah saya sedikit masa,” katanya.
No comments:
Post a Comment