berdoalah kepada Allah
Hukum qiamullail ialah sunat muakkad. Ini bermakna ibadat ini amat dituntut kepada umat Islam walaupun tidak diwajibkan.
KELEBIHAN QIAMULLAI
- ALLAH menggalakkan kita melakukan ibadat ini sebagaimana maksud ayat yang ke-79 surah al-Israk:
- Orang-orang yang sentiasa bertakwa dan mengerjakan qiamullail dengan beramal ibadat dan memohon keampunan daripada ALLAH itu adalah orang-orang yang muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan yang berhak mendapat balasan baik, rahmat ALLAH serta syurga. Firman ALLAH dalam al-Quran:
- “Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di beberapa taman syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh TUHAN mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada ALLAH (memohon ampun)” .(Adz-Dzaariyaat 15-18)
- "Orang-orang yang melalui malam hari dengan berdiri untuk TUHAN mereka itu maksudnya ialah orang-orang yang solat tahajud malam hari semata-mata kerana ALLAH TAALA.
No comments:
Post a Comment