Kekadang terfikir gak melancong ke luar negara sperti Thailand , Indonesia , Perancis , US, Jepun dan lain- lain tempat, namun aku bukannya berduit sangat . Lebih - lebih aku memiliki anak berderet-deret yang masih kecil . Bagi aku banyak lagi benda yang aku mahukan sebelum pergi melancong. Memiliki rumah kediaman yang selesa yang mana ketika ini aku masih menyewa . Terasa amat rugi jika menyewa secara berterusan. Pejam celik sudah 3 tahun aku menyewa. Boleh aku anggarkan kerugian sekarang adalah RM 400 x 36 bulan = RM 14,400 . Cemburu gak kekadang tengok adik aku yang sanggup berlapar dan bertungkus lumus cari duit semata- mata mahu ke Indonesia, namun apakan daya aku tidak mampu untuk ke sana lagi. Rumah kediaman, insurans satu family , hutang PTPTN yang berpuluh ribu, simpanan untuk menunaikan haji itu yang lebih aku titikberatkan sebenarnya. Mudahan aku dikurniakan rezeki di masa akan datang . itu lah doa aku seharian .
Inilah tips aku untuk sesiapa yang ingin ke luar negara samada melamcong @ menziarah sahabat dan sedara mara kat sana
- Tempah tiket awal dan beli tiket ketika harga murah, tempat tinggal dan pastikan pasport anda telah dikemaskini.
- Harus diingat pergi ke luar sana memdedahkan diri kepada risiko kesihatan. penyakit bukan sahaja dihidapi malah mungkin menjadi pembawa bagi penyakit tersebut, seterusnya mendedahkan masyarakat sekeliling kepada risiko jangkitan.
- Di sini saya nak bagitau jenis- jenis penyakit yang anda harus waspada
- hepatitis,
- emam kepialu
- influenza
sekadar gambar hiasan
yang boleh disebarkan melalui
- makanan serta minuman tercemar,
- amalan seksual yang tidak selamat atau
- melalui pemindahan titisan semasa batuk, bersin atau bercakap .
"Pelancong dari negara maju yang tidak dilindungi telah merekodkan kadar insiden bulanan jangkitan hepatitis A di antara 300 hingga 2,000 bagi 100,000 pelancong apabila melawat negara membangun.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut melaporkan hampir dua bilion orang di dunia telah dijangkiti virus hepatitis B dan hampir 350 juta hidup dengan jangkitan kronik akibat virus ini. Tambahan pula, 600,000 orang meninggal dunia setiap tahun akibat daripada hepatitis B akut atau kronik"
Sebagai langkah berjaga - jaga anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan doktor awal supaya membolehkan masa mencukupi supaya jadual imunisasi boleh dilengkapi. Masa yang disyorkan untuk menemui doktor anda adalah sekurang-kurangnya empat hingga lapan minggu sebelum melancong.
"Secara ringkas, perancangan, kaedah pencegahan dan langkah berjaga-jaga yang sesuai boleh melindungi kesihatan seseorang dan meminimumkan risiko mendapat penyakit berjangkit semasa melancong,"
sekadar gambar hiasan
No comments:
Post a Comment