Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Showing posts with label agama. Show all posts
Showing posts with label agama. Show all posts

Thursday, 12 January 2012

didik anak dengan kekuasaan Allah

Ada satu ketika dahulu, saya sendiri pernah mengalami kesukaran untuk menceritakan kebesaran Allah pada anak. Entah kenapa, kalau orang minta ceritakan tentang bisnes, laju sahaja mulut ini berkata-kata. Tapi, bila tiba disuruh bercerita tentang kebesaran Allah, bicara saya mula gagap dan terangkak-rangkak..macam kura-kura.
Apabila tersedar tentang perkara ini, saya mula mengesan bahawa, hal ini terjadi kerana setiap hari saya asyik sebut tentang bisnes, orang dan dunia. Sampaikan dunia telah mula menguasai hati saya. Lebih malang lagi, sampaikan saya tidak dapat menyebut tentang kebesaran pencipta dunia ini. Astaghfirullahal azim! Rasa malu yg teramat sangat pada Allah. Semoga Dia ampunkan saya.
Sedikit demi sedikit saya mulakan latihan. Setiap kali bercerita tentang dunia, saya akan selitkan cerita tentang kebesaran Allah. Sedikit pun jadi lah…
Mula-mula, cakap perkara yang simple dahulu pada anak..
Allah Maha Besar
Allah Maha Kuasa
Allah Maha Pemberi Rezeki
Allah Maha Penjaga
Allah Maha Bijaksana
Daripada perkataan simple ini, cuba kaitkan dengan apa yang ada di sekitar kita dan buat sedikit analisis. Kita boleh ambil contoh daripada anggota badan;
Lihat pada mata. Allah swt ciptakan mata di hadapan muka.
Analisis: Macam mana jika Allah ciptakan mata di belakang kepala. Mesti susah nak masukkan makanan ke dalam mulut kan?
Dakwah: Allah Maha Bijaksana dan Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk makhlukNya.
Tengok hidung pula.
Analisis: Bagaimana kalau lubang hidung menghadap ke atas? Tentu bila hujan turun, air hujan akan masuk ke dalam hidung. Mesti susah kan? Setiap kali hujan, hidung kena pakai payung 
Dakwah: Allah Maha Mencipta dan Memelihara. Dia ciptakan makhlukNya dan Dia akan pelihara setiap ciptaanNya.
Dan banyak lagi, kebesaran Allah yang boleh diceritakan tentang anggota badan….
Perbandingan rambut dan bulu-bulu badan yang lain. Rambut boleh memanjang. Tetapi, kenapa bulu mata tetap sama sahaja panjangnya?
Kenapa jari-jari manusia tidak sama tinggi?
Bagaimana cap jari manusia boleh berbeza antara satu sama lain?
Kesemuanya adalah bukti-bukti yang cukup untuk menunjukkan bahawa Allah swt Maha Berkuasa. Selepas bercerita tentang anggota badan, kita ceritakan pula tentang kehidupan alam. Peredaran siang dan malam. Kejadian hujan. Fenomena gempa bumi dan thunami.
Akhirnya, lebih banyak kita bercakap tentang kebesaran Allah ini, hati kita akan bertambah yakin kepada kekuasaan Allah swt. Allah swt boleh jadikan apa sahaja. Sedangkan makhluk tak dapat melakukan apa-apa tanpa keizinan daripada Allah swt.
Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk tukarkan siang dan malam. Allah swt tidak perlukan pertolongan manusia untuk turunkan hujan. Apabila Allah swt ciptakan gempa bumi dan thunami, tiada seorang manusia pun yang dapat mencipta mesin untuk menghentikannya.
Allah swt Maha Kuasa, makhluk tidak ada kuasa.
Bercerita mengenai kebesaran Allah memerlukan latihan setiap hari. Bermula dengan perkataan yang simple sahaja. Kemudian sedikit demi sedikit, Allah swt akan datangkan ilham mengenai analisis kebesaran Allah swt. Semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah, semakin dalam analisis yang akan dapat kita fikirkan.
Semuanya berpunca daripada, iman yakin terhadap kekuasaan Allah swt yang sudah mula menguasai hati. Secara fitrahnya, apa yang ada di dalam hati, akan terlontar melalui kata-kata. Mulakan dengan bercakap tentang kebesaran Allah swt kepada anak-anak. Kemudian, luaskan skop percakapan kepada ahli keluarga dan kawan-kawan.
Ingatlah, semakin kerap kita bercakap mengenai kebesaran Allah swt, maka semakin kerap juga lah iman kita akan meningkat. Apabila iman kita meningkat, mudah-mudahan, semakin mudah lah untuk kita mengamalkan perintah Allah. InsyaAllah

sumber : anakku soleh

Wednesday, 11 January 2012

Bersihkan Hati bersihkan Jiwa terjamin masa depan

 

Bersih hati kunci utama suburkan nilai murni dalam jiwa


UMUMNYA, pelbagai pendekatan boleh diaplikasikan untuk membudayakan nilai murni secara teratur dan terancang.
Contohnya, penerapan nilai murni boleh dilaksanakan melalui jalan kerohanian pendekatan tasauf.

Al-Suhrawardi (1145-1234) dalam karyanya ‘Awarif al-Ma’arif, menukilkan maksud

  •  tasauf sebagai individu sentiasa dalam usaha pembersihan (al-Tasfiyah). Ia sentiasa memelihara setiap waktu daripada kekotoran iaitu dengan membersihkan hati daripada kekotoran hawa nafsu. 
  • sentiasa memelihara diri daripada terikat dengan kepatuhan mutlak kepada Allah SWT dan melaksanakan sunnah. 
  • Melalui kaedah pentarbiahan latihan kerohanian itu, dapat memberi gambaran secara praktikal untuk merawat penyakit batin yang tidak dapat didiagnosa oleh manusia iaitu penyakit hati yang cenderung kepada sifat tercela.
  1. Orang yang beriman ialah : orang yang ambil berat tentang
  • bertaubat, 
  • beribadat, 
  • memuji Allah, 
  • mengembara
  • rukuk, 
  • ujud, 
  • menyuruh berbuat kebaikan dan
  • melarang daripada kejahatan, dan 
  • menjaga hukum Allah. 
Oleh demikian, kaedah itu memberi petunjuk kepada individu untuk menjernihkan hati daripada semua sifat yang tidak sempurna. Penyucian jiwa itu bertujuan mendidik hati individu terbabit untuk mencapai darjat kesempurnaan iman dan akhlak.

Penegasan itu disentuh oleh Ibn ‘Abidin dalam penulisannya ‘Hasyiah Radd al-Muhtar ‘ala al-Dur Mukhtar Ibn ‘Abidin’ dengan memberikan ulasan:

“... dan sifat kerosakan jiwa lainnya seperti
  • ilmu mengenai sombong, 
  • kedekut,
  • dengki, 
  • putar belit, 
  • marah,
  • permusuhan, 
  • kebencian, 
  • tamak, 
  • bakhil, 
  • sombong,
  • takbur, 
  • khianat, 
  • bermuka-muka, 
  • menolak kebenaran, 
  • tipu muslihat, 
  • keras hati, 
  • panjang angan-angan, 

Imam al-Ghazali (1058-1011) berkata: Seseorang itu janganlah melalaikan hal itu, seharusnya ia mempelajari dari rab ‘al-muhlikat apa yang diperlukan dirinya. Sedangkan menghilangkan semua itu adalah fardu ain. Hal itu tidak dapat dilakukan melainkan harus mengetahui batasan, faktor, tanda, dan upaya penyembuhkannya, kerana orang yang tidak mengetahui keburukan akan terjebak di dalamnya.”

Berpandukan ulasan itu, dapat difahami bahawa kesucian dan ketenangan hati daripada nilai keji yang boleh mencacatkannya adalah kunci keselamatan kepada manusia di dunia dan akhirat.

Antara kaedah yang boleh diaplikasikan untuk menyuburkan nilai murni dalam diri individu melalui pendekatan disiplin amalan sunat seperti
  • zikir, 
  • qiamulail, 
  • puasa sunat,
  • solat sunat (taubat, duha, rawatib, tahajud)
  • serta amalan yang boleh mendekatkan jiwa manusia dengan Penciptanya.

Amalan dinyatakan itu sebahagian mekanisme bertujuan mendidik dan membersihkan hati daripada pelbagai kotoran nilai keji (mazmumah). Keterikatan hati manusia dengan nilai keji itu didorong nafsu syahwat boleh mengundang kepada kerosakan potensi insan dan hubungannya dengan Allah SWT.

Menginsafi situasi itu, Islam memberi petunjuk kepada manusia supaya sentiasa memberi komitmen tinggi kepada cara hidup beragama secara sempurna.
Justeru, andai kata jiwa manusia dilingkari nilai keji maka ia perlu berusaha memperbaiki dan menyucikannya.

Jika nilai itu tidak dapat diatasi, nescaya sistem pertahanan dalamannya tidak mempunyai keupayaan untuk menahannya daripada tergelincir ke lembah kejahatan.
Melalui latihan berorientasikan nilai kerohanian, manusia dapat menginsafi dan memenuhi keperluan kerangka nilai murni yang luhur.

Firman Allah yang bermaksud: “Orang yang bertaubat, beribadat, memuji Allah, mengembara, rukuk, sujud, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada kejahatan, dan menjaga hukum Allah. Dan gembirakanlah orang yang beriman itu.” (Surah al-Taubah, ayat 112)

Menurut Ibn Kathir dalam Tafsir Ibn Kathir, ayat itu adalah pujian daripada Allah SWT terhadap hambaNya yang berkorban jiwa dan hartanya kepada Allah. Sebagai balasan, golongan ini disediakan dengan syurga.

Mereka ini disifatkan sebagai orang yang bertaubat, beribadah kepada Allah dengan perkataan dan perbuatan memujiNya, berpuasa, melakukan solat, dengan rukuk dan sujud. Di samping itu, mereka menyeru manusia lain ke jalan yang baik dan melaksanakan amal makruf nahi mungkar.

Lantaran itu, Allah SWT menyatakan bahawa bergembiralah golongan manusia yang bersifat sedemikian.

Daripada Abu Hurairah katanya, Nabi SAW bersabda:

Allah berfirman: Aku menurut sangkaan hambaKu terhadap Aku dan Aku bersama dengan dia, apabila dia mengingati (menyebut) Aku. Apabila ia menyebut Aku dalam hatinya, nescaya Aku menyebutnya pula sendiriKu. Dan kalau dia menyebutKu di hadapan orang ramai, nescaya Aku menyebutnya pula di hadapan orang ramai yang lebih baik. Kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sejengkal, nescaya aku mendekatkan kepadanya sehasta. Dan kalau dia mendekatkan diri kepadaKu sehasta, nescaya Aku mendekatinya sedepa. Dan kalau dia datang kepadaKu berjalan biasa, nescaya Aku datang kepadanya berlari.” (Hadis Muttafaq’alayh)

Berdasarkan kepada al-Quran dan al-Sunnah, dapat difahami bahawa manusia yang dilengkapi nilai murni menurut kerangka Islam akan menjadi insan baik hati budinya dan diredai Allah SWT. Tidak diragukan lagi bahawa nilai murni dihayati individu manusia akan memantulkan cahaya kebaikan dan kebajikan yang memberi manfaat kepada persekitaran sekelilingnya.

Galakan berdoa

  • Doa adalah Istiksaat (memohon pengampunan dan pertolongan) dan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat memberikannya.
  • Orang yang berdoa hendaklah melahirkan kehinaan dan kerendahan diri serta menyatakan hajat dan tunduk kepada Allah sebagai menunjukkan bahawa kita berhajat kepada Allah untuk memperolehi sesuatu yang kita kehendaki.
  • Doa adalah suatu ibadat yang sangat penting kedudukannya dan sangat mahal nilainya bahkan ia adalah pintu yang paling utama daripada pintu-pintu ibadah yang lain dalam meperhambakan diri kepada Allah.
  • Apabila seseorang itu berdoa maka hendaklah ia melakukannya dengan sebaik-baiknya dan dengan memelihara adab-adabnya. Dengan itu barulah doanya akan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Tuesday, 10 January 2012

Pergaulan bebas melampau punca pasangan curang



KUALA LUMPUR: Kegagalan mengawal nafsu didorong pergaulan bebas tanpa had di luar rumah menjadi faktor seseorang terjebak dalam kancah hubungan terlarang dengan orang lain yang ditegah agama, biarpun sudah berkeluarga.
Ia akan menjadi bertambah buruk apabila keadaan sudah tidak terkawal dan pada masa sama tiada perhatian khusus diberikan ahli keluarga atau kenalan terdekat bagi membantu membimbing mereka kembali ke jalan betul seperti disaran agama.
Pendakwah bebas dan tokoh agama, Datuk Hassan Mahmud, berkata tidak timbul soal kemaruk seks dalam hal kehidupan berumahtangga kerana sepatutnya ia dibina berdasarkan kasih sayang dan persefahaman yang mantap antara pasangan.



Katanya, akibat pergaulan bebas melampau, seseorang itu pasti sukar meninggalkan tabiat buruk yang dilakukan apatah lagi jika ia berterusan tanpa tegahan individu bertanggungjawab seperti ibu bapa dan suami isteri.
“Jika ia membabitkan perkahwinan kedua, tentu ada kelemahan di sana sini kerana pembahagian tanggungjawab akan terjejas. Bagaimanapun, ia boleh dielak jika suami atau pasangannya itu memberi fokus kepada pernikahan selain menjadikan didikan agama sebagai keutamaan.


Harian Metro

Ratusan permohonan murtad direkod


 Program Himpunan Sejuta Umat (Himpun) baru - baru ini berjaya mengenal pasti sebanyak 686 permohonan murtad direkodkan di Mahkamah Syariah yang sebahagian besarnya terdiri daripada golongan saudara baru yang dalam lingkungan 20-an.



Sebagai contoh, di Pulau Pinang sahaja, sebanyak 36 permohonan murtad diterima dan ia bukan jumlah yang kecil,”

Antara faktor berlakunya gejala murtad ini yang berjaya dikenalpasti adalah
  1. masalah kemiskinan, 
  2. kesempitan hidup dan 
  3. juga ilmu Islam yang masih kurang mendalam menyebabkan mereka ingin menukar agama

Malah pihaknya turut mengesan kaedah terbaru cubaan menghasut umat Islam keluar agama menerusi laman sosial.

Mangsa terdiri daripada remaja perempuan yang terpengaruh me­lalui perkenalan di laman sosial, di ikuti pertemuan sehingga menerbitkan cinta, sebelum menghasut mangsa untuk keluar agama.


Sinar

 Isu murtad sampai bila- bila pun tidak akan bersudahan selagi rakyat islam tidak menitikberatkan @ ambil kisah tentang islam itu sendiri. Di manakah silapnya isu ini berlaku dalam masyarakat kita dan isu ini seolah - olah seperti seakan tidak dipedulikan oleh parti melayu kita.

Adakah benar untuk mengambil hati orang bukan islam maka isu ini terpaksa dibiarkan ?
Sampai bila isu ini akan berlanjutan ?
 Yang rugi ialah umat islam itu sendiri......

Ciri-ciri orang yang soleh dan solehah ..anda bagaimana?

Ciri-Ciri Wanita sholehah :

1. Menjaga Sholatnya dan akhlaknya,

2. Menutup auratnya dengan benar dan tak berpakaian sempit(ketat),

3. Menjaga kehormatannya,

4. Pemalu (malu berbuat buruk),

5. Menjaga mulutnya dari Ghibah (bergosip) & fitnah,

6. Tidak banyak bicara,

7. Jarang keluar rumah kecuali darurat.


Ciri-Ciri laki-laki Sholeh :

1. Menjaga Shalatnya, dan sering jama'ah dimasjid,

2. Tidak beperangai kasar(tidak suka berbicara kotor,kasar, Tapi sangat sopan dan santun),

3. Bertanggung jawab,

4. Mengerti ilmu agama,

5. Tidak suka berkhianat(setia),

6. Mencintai keluarganya.

7 kelompok mendapat naungan Allah

Dari Abu Hurairah ra. dari Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam., beliau bersabda: 
"Ada tujuh kelompok yang akan mendapat naungan Allah pada hari yang tiada naungan kecuali naungan-Nya iaitu: 
  • pemimpin yang adil,
  • remaja yang senantiasa beribadah kepada Allah Yang Maha Mulia lagi Maha Agung, 
  • seseorang yang hatinya senantiasa dipertautkan dengan masjid,
  • dua orang yang saling cinta-mencintai karena Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, 
  • seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan dan rupawan lalu menjawab: "Sungguh aku takut kepada Allah", 
  • seseorang yang mengeluarkan sedekah lantas disembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kanannya, 
  • dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian kedua matanya mencucurkan air mata". 
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kaka bakal menyertai PAS ?




Heboh di dalam Facebook kawan-kawan yang berbangsa Arab mengatakan bahawa pemain bola sepak terkenal Kaka telah memeluk agama Islam. Gambar ini diambil pada 26 December 2011 baru-baru ini di sebuah masjid di Dubai.
Dilaporkan bahawa Kaka ataupun nama sebenar Ricardo Kaka telah menghadiri majlis pengenalan Islam bersama isterinya di masjid ini. Kalau berita ini benar alhamdulillah. Bertambah lagi umat Islam didunia ini. Islam semakin diterima oleh masyarakat antarabangsa.



Aku sangat bersyukur dan berbangga kalau berita ini benar. Tetapi berita ini memang heboh di dunia Arab sekarang. Mungkin Kaka telah memeluk agama Islam. Dalam pasukan Real Madrid sekarang terdapat 4-5 orang individu beragama Islam seperti Karim Benzema, Nuri Sahin, Hamid Altintop, Mesud Ozil dan Sami Khedira.

Mungkinkah KAKA juga berminat berjuang dalam gerakan islam macam PAS nanti ...sama -sama ler kita doakan..hehe


Sumber: www.ar-rifke.com

Bob Kuman berminat dengan gerakan islam




Di dalam perbualannya itu, Bob menyampaikan hasrat hati ingin berada bersama-sama dalam gerakan dalam Islam tetapi sentiasa ada halangan. Lebih menarik lagi, beliau turut memaklumkan bahawa bapanya sendiri merupakan penyokong kuat PAS suatu ketika dahulu dan pernah di rumah mereka menjadi markaz PAS.

Tentang Keajaiban Hati

Hati itu ibarat Istana sebuah keindahan yang tak nampak, sebuah keagungan yang tak terlihat, namun dapat  dirasakan akan tetapi apabila hati sudah ternoda berdosa maka istana itu bertukar menjadi tempat pembuangan sampah yang penuh dengan najis dan menjijikkan. Maka tidak hairan lah jika terkotor dan penuh kekotoran manusia sanggup membuat apa saja demi kepuasan nafsu semata- mata malah sanggup membunuh ibubapa sekalipun.
Meski hati bukanlah Tuhan tapi jangan biarkan hati menjadi sarang-sarang syaitan, tempat syaitan bermaharajalela . 
Mengabaikan masalah hati adalah tanda awal dari sebuah kesesatan.

Hati bukanlah gudang kebenaran, kerana hati hanyalah tempat persinggahan petunjuk yang difahami melalui ajaran kebenaran. Menidakkan kebersihan  hati adalah kenistaan  dan menutup pintu hati bererti membuka pintu kesombongan dari jalan Allah jalan yang benar yang membawa kepada kebenaran. 

Hati ibarat lautan yang luas tanpa tepi dan pantai, namun hati boleh  disempitkan  dan dibekukan jika kita membiarkannya tanpa sentuhan Ajaran kebenaran.

Bagaimana menghilangkan dosa2 hitam pekat


Setiap hari istri saya ( Siti Nurhaliza ) mengeluh karena pada musim kemarau seperti ini kaca depan rumah saya harus dibersihkan tiap hari, kondisi jalan yang kering menimbulkan banyak debu yang berterbangan diterpa angin, sehingga halaman dan kaca rumah cepat sekali kotornya. Begitulah kondisi musim kemarau di tempat saya , kondisi yang demikian mengakibatkan rawan timbul penyakit saluran pernapasan kalau kita tidak berhati-hati terutama anak-anak.
Kaca yang terkena debu ibarat hati yang terkena noda dosa yang kita lakukan setiap hari baik yang kita sengaja ataupun tidak. Ketika kaca kita bersihkan tiap hari niscaya tetap terjamin kebersihannya demikian juga dengan hati kita dosa-dosa kecil yang kita lakukan kalau kita imbangi dengan berbuat baik dan istighfar maka sedikit demi sedikit akan hilang. Sebaliknya ketika kaca jarang dibersihkan maka akan kotor dan gelap sehingga menghilangkan fungsinya dengan tidak bisa tembusnya cahaya lewat kaca tersebut, padahal salah satu fungsi dari kaca adalah supaya Rumah kita bisa di masuki cahaya, sehingga akan kelihatan terang di siang hari. Bagaimana dengan hati kita ketika setiap saat dan waktu kita melakukan dosa baik kecil maupun besar tanpa kita imbangi dengan berbuat baik, taubat maupun Istighfar maka hati kita akan beku, kalau itu yang terjadi maka cahaya hidayah yang datang dari Allah akan sulit menembusnya.


Bagaimana jenis manusia yang jarang- jarang sekali memperbaharui taubat nasuha dan setiap hari bergelumang dengan dosa- dosa besar seperti pelacur , bersedudukan dengan bukan muhrim, bohsia , bohjan dan yang jenis terlibat dengan dosa- dosa yang melibatkan maksiat kepada Allah ?

Masalah bertaubat nasuha bukannya senang seperti yang disangka kerana jika tidak ikhlas maka seseorang itu akan kembali kepada cara hidup yang lama yang sudah diamalkan bertahun- tahun lamanya dan telah menjadi kebiasaan yang mesti dilakukan setiap hari.... yang telah menjadi darah daging seseorang.

Sebab itu jika mahu bertaubat, bertaubatlah sekrang kerana kemungkinan besar jika gagal kita bakal kembali kepada cara hidup yang lama yang penuh najis dan menjijikkan.....


Sumber :  http://ekspresihati.info

Azab api neraka





Azab Allah memang tidak pernah dibayangkan oleh fikiran......Maha dahsyat...

Sukar gambarkan perhimpunan di padang Mahsyar

Setiap amalan di dunia dihisab

MAKHLUK dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras berkarat dan menjadi reput, makanan segar menjadi basi, manusia dimamah usia, akhirnya menemui ajal.
Dunia yang kita duduki dan diami hari ini pun semakin tua. Suasana yang berlaku bukan terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda awal bahawa seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik dinamakan kiamat.
Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (selepas dihancurkan menjadi debu). - Surah at-Takwir, Ayat 1-3
Tiupan sangka kala pertama tanda bermulanya kiamat, manakala tiupan sangka kala kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat.

Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan.

Dahsyatnya kiamat dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: “Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang gugur berselerak dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (selepas dihancurkan menjadi debu).” (Surah at-Takwir, ayat 1-3)

Kebangkitan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di padang Mahsyar untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan di dunia. Setiap sudut padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama mengharungi hari hisab.
Menurut Imam Ghazali, padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang luas, saujana mata memandang tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh.

Pada dataran putih itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau ke sana seperti binatang ternakan keluar dari kandangnya atau seperti kanak-kanak baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian.

Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.

Abu Hurairah berkata, beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan sahabat bahawa manusia di padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk. Pertama, dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka.

Kedua, manusia yang berjalan kaki dan ketiga, manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah. Digambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia kerana masing-masing sibuk dengan hal tersendiri.

Ada yang berjalan, merangkak dan bermacam lagi dalam suasana panas cahaya matahari berada hanya sejengkal di atas kepala. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.

Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira, malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air didekatkan ke bibir, maka daging bibir luruh berguguran kerana air terlalu panas.

Persoalan besar timbul dalam kalangan ahli di padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran itu? Ada pendapat mengatakan selama 300 tahun mengikut tahun akhirat.

Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik, tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT.

Golongan al- Muqarrabun merujuk kepada mereka ketika hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang sama ada dalam soal akidah atau syariah.

Yakinlah bahawa setiap manusia di padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya, disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian kecil tubuh pun ditanya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di mahkamah Tuhan pada hari kiamat sehingga ia disoal empat perkara; umurnya pada perkara apakah ia habiskan; masa mudanya untuk apa digunakan; harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan amalan dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di padang Mahsyar yang memakan masa ratusan tahun itu amat dahsyat. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang melakukan muhasabah diri serta sentiasa bertaubat kepada Allah SWT.

Muhasabah penting supaya buku rekod catatan amalan menunjukkan amalan yang cemerlang dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.” (Surah Ibrahim, ayat 42-43)

Tuesday, 27 December 2011

Pemuda PAS bantah pindah kes murtad ke mahkamah sivil



KUALA LUMPUR, 28 Dis: Pemuda PAS membantah keras kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang mahu membawa kesemua kes murtad ke mahkamah sivil dan bukan lagi Mahkamah Syariah seperti sebelum ini.

Ini berdasarkan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.
Media melaporkan, kesemua perbicaraan kes murtad akan dibawa ke mahkamah sivil dan bukan lagi mahkamah syariah selepas Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam Kepada Orang Islam diselaraskan di seluruh negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sebelum ini tidak ada penyelarasan kerana ada pesalah dibicarakan di mahkamah syariah dan ada di mahkamah sivil.

“Kes murtad nanti akan berada di bawah mahkamah sivil dan bukan mahkamah syariah kerana jika mahkamah syariah, keseluruhan masalah tidak dapat diselesaikan sebab apabila disebut murtad ia membabitkan pelbagai pihak termasuk bukan Islam.

“Jadi, saya minta supaya Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) mengatur pertemuan dengan majlis dan jabatan agama Islam negeri-negeri bagi memaklumkan kewujudan enakmen ini,” ujar Jamil Khir selepas mengadakan pertemuan bersama enam pertubuhan bukan kerajaan Islam di sini kelmarin.
"Dewan Pemuda PAS Malaysia merasa terkejut kerana kerajaan membuat keputusan ini tanpa melihat kepada kesan kes ini terhadap umat Islam di negara ini serta merujuk kepada nasihat para ulama’ terlebih dahulu.

"Sepatutnya kes seperti ini dirujuk dahulu dengan semua pihak supaya tidak menimbulkan pertikaian dan bantahan di kemudian hari," kata Exco Dewan Pemuda PAS, Mohamad Firdaus Jaffar (gambar atas) dalam satu kenyataannya hari ini.

Beliau yang juga anggota Parlimen Jerai berkata, DPP Malaysia melihat keputusan yang dibuat oleh kerajaan mengenai isu ini amat merbahaya dan merupakan suatu penghinaan terhadap agama Islam.

"DPP Malaysia mempersoalkan, jika ianya dilaksanakan nanti, bagaimanakah mahkamah sivil boleh memutuskan sesuatu hukuman yang berkait dengan syariat Islam sedangkan mahkamah sivil tiada kuasa memutuskan hal-hal yang berkait dengan undang-undang Islam?

"DPP Malaysia khuatir apakah hukuman kepada pesalah murtad nanti akan berdasarkan kepada hukuman Islam atau sebaliknya.

"Kalau demikian, apakah bidang kuasa mahkamah syariah sekiranya kes murtad juga akan dibicarakan di mahkamah sivil?" katanya.

DPP Malaysia berpandangan, kesan daripada keputusan ini adalah kuasa mahkamah syariah semakin mengecil dan kurang berperanan.

Mahkamah syariah hanya untuk mengendalikan kes-kes kecil seperti nikah, talak, harta pusaka dan lain-lain.

Manakala kes-kes besar seperti murtad, jenayah, dan lain-lain pula dirujuk kepada mahkamah sivil yang mempunyai peranan yang besar, katanya.

"Inilah sistem sekularisma yang masih diamalkan dinegara ini selama ini yang memisahkan antara perundangan menurut Islam dengan bukan Islam.

"Selain itu, hukuman terhadap pesalah murtad juga akan dipandang ringan, malah boleh dicabar oleh mereka yang bukan Islam," tegas beliau.

Apa yang amat dibimbangkan, katanya, adalah hukuman murtad boleh dipermain-mainkan oleh sesetengah pihak sehingga merendahkan kesucian Islam.

Oleh itu, DPP Malaysia mendesak supaya Datuk Seri Jamil Khir Baharom menarik semula usaha membawa undang-undang murtad ke mahkamah sivil.

"Beliau perlu ingat bahawa undang-undang pencegahan murtad seperti yang terkandung di dalam perundangan Islam yang sebenar adalah hukuman yang datangnya dari Allah SWT, bukan direka-reka oleh sesiapa pun.

"Mengubah hukum Islam yang terkandung didalam Al Qur’an dan Sunnah Rasulullah SAW, adalah suatu dosa yang besar dan boleh menyebabkan akidah seseorang itu tergelincir," katanya

Wednesday, 21 December 2011

berkhatan 2x kali..kah kah ( sakit wei )

Biarpun sudah hampir sebulan berkhatan, dua beradik masih menderita kesakitan kerana doktor dikatakan tersilap teknik dan tidak memotong hujung kulit zakar mereka sepenuhnya.Selain sakit setiap kali mahu membuang air kecil dan masih memakai kain, Mohd Iskandar Zulkifli, 10, dan adiknya, Mohd Shah Ikmal, 7, bertambah kecewa apabila doktor memberitahu mereka terpaksa dikhatankan sekali lagi dalam tempoh setahun akan datang.
“Sudah hampir sebulan kami menderita kerana menahan sakit akibat lebihan kulit zakar kami tidak putus sepenuhnya. Kami malu sebab rakan lain sudah boleh berjalan dan bermain, tapi kami masih memakai kain pelekat,” kata Mohd Iskandar. Dua beradik itu yang tinggal di Taman Mahsuri di sini, dikhatankan seorang doktor wanita ketika menyertai program berkhatan di Alor Setar, dekat sini, pada 26 November lalu.
“Saya dan adik trauma sehingga sekarang malu bertemu rakan kerana kami masih belum sembuh dan dikatakan masih belum masuk Jawi sepenuhnya,” kata Mohd Iskandar ketika ditemui di rumahnya, semalam. Ibunya, Rosni Ahamad, 48, berkata dia mengesan masalah dihadapi dua anaknya ketika membuat pemeriksaan pada kemaluan mereka dan mendapati bahagian itu seperti tidak berkhatan, malah berlaku pendarahan kerana luka masih belum kering. Rosni berkata, dia dan suami, Zulkifli Zabidi, 55, membuka balutan luka pada kemaluan anaknya untuk memeriksa disebabkan mereka mengadu terlalu sukar dan berasa sakit ketika membuang air kecil.

“Saya dan suami terkejut melihat pendarahan agak teruk dan keadaan zakar anak saya seperti tidak berkhatan. Selepas membuat pemeriksaan, saya dapati ada luka pada pangkal zakar anak sedangkan bahagian kulit yang sepatutnya dibuang tidak dipotong. “Sejurus selepas itu, kami terus membawa anak ke sebuah klinik swasta, namun mereka meminta kami merujuk perkara berkenaan ke hospital kerana bimbang ia akan memburukkan keadaan. “Kami kemudian pergi ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Setar, namun doktor memberitahu secara teknikal anak kami belum berkhatan,” katanya.
Menurutnya, doktor di HSB itu turut menasihatkannya mengkhatankan semula Mohd Iskandar dan Mohd Shah dalam tempoh agak panjang iaitu sehingga setahun akan datang.

Sumber : KL today

Tahun hadapan mungkin ramai melayu kita rosak

 

Tapis filem sendiri

 Sumber Berita harian Online
  • Mulai tahun depan, semua penerbit dan pengeluar filem tempatan dan antarabangsa akan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan di panggung wayang dan televisyen di negara ini.
  • Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Tan Sri Mahmood Adam, berkata pendekatan itu dilaksanakan berikutan konsep keterbukaan yang digunapakai kementerian, selaras dengan usaha mengembangkan industri seni tanah air.

  • Kita mahu rakyat atau penonton berfikir dan menapis sendiri filem yang akan ditayangkan kerana mereka cukup matang untuk membuat pilihan
  •   kerajaan tidak akan menyekat penayangan filem termasuk mengandungi unsur lucah atau adegan ranjang, tahyul, khurafat atau menghina agama Islam kecuali ia melampau batas.

lagi seronok la pengarah  filem di malaysia.kemungkinan besar diorang akan membuat filem yang berunsur lucah setelah filem OMBAK RINDU mencatat keuntungan yang luar biasa....

Sampai bila harus tunduk kepada nafsu ?


Sebenarnya malas nak mengomen, tapi kerana sakit hati dan sedih hati dengan peristiwa yang terjadi dalam negara kita terutama di kalangan islam itu sendiri...sedih baca paper hari ini :- hari - hari ader kes rogol dipaparkan di media. Itu belum kes yang tidak di report kepada polis kerana faktor family dan orang yang tersayang...

 Pelajar diperkosa abang ipar hamil empat bulan setelah diperkosa berkali- kali sejak 5 bulan lepas berlaku di Kuching. Sepatutnya jika ibu bapa teliti, kelakuan pelajar ini ader keganjilan iaitu dia mengelak untuk makan bersama dengan abang ipar sekalipun bersama family. 

 Jangan ingat jika tinggal bersama keluarga sekalipun kita tidak ambil peduli apa yang berlaku kepada ahli keluarga kita. Sekarang macam- macam kes berlaku atok rogol cucu, ayah rogol anak, anak tiri rogol anak tiri, abang rogol adik, mak ada skandal dengan lelaki lain.

 Kalau dah nafsu menguasai diri, ia tidak kira sedara kandung ker, jiran ker, kawan karib ker...Kekadang jika difikirkan tak logik dan tidak diterima akal..sedara sendiri pun sanggup dirogol.. 

 Dan lebih teruk Takkan tak tahu rogol gadis di bawah umur penjara tahap maksimum dikenakan ? Seolah- olah kes rogol sedang membarah dalam masyarakt kita...

 

  kalau nak salahkan orang lain pun tak de gunanya melainkan diri sendiri yang wajib mengawal diri. 

 

 Jangan sekali- kali biarkan nafsu menguasai diri walau sesaat kerana dari sesaat itu lah bakal merosak masa depan kita sendiri. 

 Kerana nikmat yang sekejap ajer, sanggup meringkuk penjara berpuluh- puluh tahun. 

 Kalau sudah tidak mampu menahan nafsu yang bergelora, kawal lah pandangan dan pemikiran dan banyakkan berpuasa... yang rugi kita sendiri, masyakat , negara dan mencemarkan nama islam itu sendiri... fikirlah matang sikit.



Monday, 19 December 2011

2 solat Jumaat satu kariah haram: Mufti



pix_gal0
KUALA LUMPUR: Perbuatan mendirikan dua solat Jumaat dalam satu kariah adalah haram, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Beliau berkata, mengikut mazhab Shafie umat Islam tidak dibenarkan menunaikan solat Jumaat berasingan dalam satu kariah, dan solat yang sah hanyalah solat didirikan di masjid diiktiraf dan diperkenan Sultan yang juga Ketua Agama Negeri.
Katanya, umat Islam di negara ini tidak boleh mengikut kaedah diguna pakai di negara Arab yang mengikut mazhab Hanafi kerana tiada istilah surau dalam mazhab itu, malah bukan semua masjid boleh mendirikan solat Jumaat.
“Kita jangan tiru tak tentu hala, ada mazhab masing-masing. Kita tidak boleh sama sekali berpecah dalam masalah ibadat kerana kita disuruh berjemaah dan haram untuk kita berpecah,” katanya ketika dihubungi semalam.

Baru-baru ini, Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah dan melahirkan perasaan dukacita kerana kejadian dua solat Jumaat dalam satu kariah di beberapa daerah di negeri itu.

Malah tindakan itu didakwa berpunca daripada `Amanat Haji Hadi’ yang dikeluarkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ceramah di Banggol Peradong, Marang hampir 30 tahun lalu.

Harussani turut mengingatkan semua pihak supaya tidak mempermainkan dan mempolitikkan isu agama.
“Kenapa hendak mempolitikkan masalah agama, tengok bangsa lain mereka tetap bersatu. Mana-mana pihak yang mencetuskan isu ini perlu kembali ke ajaran Islam sebenar,” katanya.

Pengerusi PERKIM Wilayah Persekutuan, Datuk Nakhaie Ahmad, berkata tindak tanduk yang menandakan wujudnya perpecahan apabila penyokong PAS tidak yakin solat mereka sah jika diimamkan penyokong kerajaan yang didakwa mereka sebagai orang kafir dan fasik, sedangkan Islam membenarkan umatnya menunaikan solat dengan diimamkan orang fasik demi menjaga perpaduan.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin PAS bertanggungjawab terhadap tindakan pengikut mereka, sekali gus memperbetulkan isu berkenaan bagi mengelak perpecahan yang lebih teruk sehingga menggugat kesucian Islam.

“Tindakan pemimpin PAS termasuk (Mursyidul Amnya) Datuk Nik Aziz Nik Mat yang sering membuat pelbagai tuduhan terhadap kerajaan antara punca penyokong parti itu bersikap fanatik dan takut mendirikan solat di masjid kerajaan,” katanya semalam.

Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib berkata berdasarkan mazhab Shafie, tindakan mendirikan solat berasingan dibenarkan jika tidak mendatangkan sebarang masalah dan huru-hara, sebaliknya mampu memberi ketenangan kepada umat Islam.

Sunday, 11 December 2011

Mendidik anak berdoa dalam hidup


UMUM mengetahui bahawa doa adalah salah satu bentuk ibadah. Doa dapat difahami sebagai permohonan atau permintaan yang baik kepada Tuhan.
Doa yang dipinta adalah kebaikan yang dipinta dengan restu daripada Tuhan. Mendidik anak-anak supaya sentiasa berdoa dalam kehidupan sangat penting.
Pada hakikatnya, kita sebagai manusia sering mengalami pelbagai masalah dan kita semua berhajat kepada Tuhan untuk menyelesaikan masalah. Kita semua adalah orang-orang fakir akan rahmat Tuhan.
Tidak seorang pun daripada kita di dunia ini yang tidak mempunyai impian yang ingin dicapai. Siapa di antara kita yang tidak pernah berbuat maksiat atau kesalahan dan mengharap Allah mengampunkan semuanya.
Oleh itu hanya melalui doa, iaitu permintaan kepada Allah sahaja yang dapat menyelesaikan segala masalah. Justeru, doa merupakan ubat yang paling bermanfaat.
Doa juga penolak penyakit dan musibah. Doa akan menolak, mengatasi, mencegah kedatangan, menghilangkan atau meringankan penyakit jika sudah menimpa. Doa adalah senjata seorang mukmin.
Dalam hal itu, al-Hakim meriwayatkan dalam kitab sahihnya daripada sahabat Ali bin Abu Talib r.a, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Doa adalah senjata seorang mukmin, tiang penyangga agama, serta lentera (lampu) langit dan bumi".
Selain itu, dalam usaha mengatasi bala atau mara bahaya, doa memiliki tiga keadaan, iaitu:
Pertama, doa lebih kuat daripada bala sehingga mampu mengalahkannya.
Kedua, doa lebih lemah daripada bala sehingga doa dikalahkan dan akibatnya seorang hamba ditimpa musibah atau penyakit, akan tetapi isi kandung doa dalam hal ini meringankan penyakit, meskipun kadarnya lemah.
Ketiga, doa dan bala sama-sama kuat sehingga terjadi saling mengalahkan.
Doa yang bermanfaat mestilah dilakukan dengan bersungguh-sungguh, meminta kepada Allah dengan sepenuh hati. Dalam berdoa jangan sedikit sesekali berputus asa dan lemah dalam berdoa, kerana seseorang itu tidak akan binasa selagi ia mampu berdoa.
Salah satu penghalang termakbulnya doa adalah sifat tergesa-gesa dalam berdoa, hingga jika keinginannya tidak dikabulkan ia mengeluh dan meninggalkan doa dan tidak yakin akan termakbulnya doanya.
Telah diajarkan doa memohon keampunan antaranya: Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah beriman, oleh itu ampunkanlah dosa-dosa kami dan peliharalah kami daripada azab neraka. (ali-'Imran: 16).
Keterangan ayat di atas "kami telah beriman" bermaksud kami telah membenarkan seruan Islam, "memohon keampunan" pula ertinya memohon agar ditutup semua keburukan dan dilepaskan daripada kiraan dosa-dosa. (Tafsir al-Khazin).
Dalam ayat berikutnya, Allah SWT menyenaraikan golongan yang sentiasa berdoa kepada Allah tergolong dalam golongan yang sabar, golongan yang membenarkan (al-Sidiqqin), golongan yang taat kepada Allah (al-Qanitin), golongan yang bersedekah pada jalan Allah (al-Munfiqin) serta yang sering beristighfar dan bangkit berqiamullail pada sebelah malamnya (al- Murstaghfirin bil ashar).
Khasiat dan kaifiat beramal dengan doa ini mudah-mudahan iman kita akan meningkat kepada iman golongan yang mulia.
Waktu yang
mustajab berdoa
Antara waktu-waktu doa mustajab dilakukan secara khusyuk dan konsentrasi sepenuh hati terhadap apa yang diinginkan adalah enam pilihan waktu iaitu sepertinya malam terakhir, ketika azan, waktu antara azan dan iqamat, sesudah solat wajib, ketika imam naik mimbar di hari Jumaat hingga selesai solat jemaah Jumaat, serta waktu-waktu terakhir sesudah solat asar di hari Jumaat.
Antara lafaz doa yang ampuh telah diriwayatkan dalam kitab-kitab al-Sunan dalam sahihnya daripada Abdullah bin Yazid daripada ayahnya, Rasulullah SAW pernah mendengar seorang hamba Allah berdoa yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-Mu, aku bersaksi bahawa Engkau adlah Allah, tiada tuhan melainkan Engkau Yang Maha Esa, tempat bergantung, yang tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan, yang tidak ada sesuatu pun yang menyamai".
Rasulullah SAW kemudiannya bersabda, "Sesungguhnya dia telah meminta kepada Allah dengan Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung". (riwayat at-Tirmizi).
Ada juga diriwayatkan oleh Abu Hatim dan Ibnu Hibban daripada Anas bin Malik, bahawa ia bersama Rasulullah SAW sedang duduk-duduk, sementara ada seorang lelaki sedang melakukan solat, kemudian berdoa, yang ertinya; "Ya Allah, aku meminta kepada-MU, segala puji bagi-Mu, tiada tuhan melainkan Engkau, Maha Pemberi, Pencipta langit dan bumi, wahai Yang Memiliki Keagungan dan Kemuliaan, wahai yang Maha Hidup dan Maha Penegak".
Rasulullah SAW bersabda: "Sungguh dia telah berdoa kepada Allah dengan nama-Nya yang Maha Agung, yang apabila dia berdoa dengannya maka Allah kabulkan dan jika doa meminta dengan-Nya, maka Dia akan memberi". (riwayat Imam Ahmad).
Antara sebab doa dikabulkan Allah adalah kerana direstui dengan keadaan terdesak daripada orang yang berdoa, kekhusyukan kepada Allah dan kerana kebajikan yang pernah dilakukannya sehingga Allah membalasnya sebagai tanda terima kasih atas amal kebajikan.
Di samping itu juga, kerana doa tersebut dilakukan pada waktu-waktu mustajab, selain lafaz dan keyakinan yang penuh kepada Allah.
Oleh itu, sesiapa yang diberikan kekuatan berdoa, ini bererti bahawa doanya akan dikabulkan. Allah SWT berfirman, yang maksudnya; Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu… (al-Mukmin: 60).
Allah SWT juga berfirman yang bermaksud: Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengkabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku. (al-Baqarah: 186).
Dalam Sunan Ibn Majah, diriwayatkan daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Barang siapa yang tidak meminta kepada Allah, ia marah kepada-Ku". (riwayat at-Tirmizi).
Hadis ini menunjukkan bahawa keredaan Allah bergantung pada apabila seseorang meminta kepada-Nya dan taat kepada-Nya. Jika Allah meredai, semua kebaikan terletak pada keredaan-Nya. Sebaliknya semua bala dan bencana terdapat pada kemurkaan-Nya.
Sesungguhnya doa sebagai ibadah amat penting di amalkan dalam kehidupan. Kesibukan dan kelalaian kita menyebabkan kita lupa berdoa dan sentiasa tergesa-gesa semasa berdoa. Hal ini menyebabkan kita tidak dimakbulkan oleh Allah.
Semangat untuk berdoa juga amat penting dilakukan pada waktu-waktu mustajab yang disebutkan bagi mendapatkan kejayaan dan termakbulnya sesuatu doa.

Semangat kejiranan asas keutuhan negara

KEHIDUPAN manusia kini mencapai tahap ketamadunan yang tinggi tetapi pada masa sama manusia tergelincir daripada hakikat kehidupan sebenar.

Punca kerosakan dalam kehidupan ini disebabkan sikap individualistik yang sebati dalam diri manusia. 
 Kongkongan sifat ini menyebabkan manusia menjadi sombong, bongkak dan angkuh sehingga terpaku kukuh sifat ego dalam diri.
Sifat ini juga menyebabkan generasi dewasa ini mencemari budaya murni yang diamalkan sejak turun temurun antaranya budaya hidup berjiran. Menjadi tanggungjawab kita memupuk budaya kejiranan yang menjadi asas keharmonian kehidupan.

Hubungan intim dengan jiran membolehkan seseorang menjadikan jiran tempat mengadu dan meminta bantuan atau pertolongan apabila sesuatu kesusahan menimpa. Penghidupan berjiran dipenuhi unsur kerjasama, kesepakatan dan keprihatinan.

Amalan hidup berjiran dulu dan kini, amat berbeza. Budaya hidup berjiran tidak lagi diamalkan. Masyarakat hari ini mengabaikan hubungan dengan orang yang tinggal berdekatan.

Allah berfirman bermaksud: “Dan sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa pun dan buatlah kebaikan untuk ibu bapa, anak yatim, orang miskin, jiran yang ada hubungan kekeluargaan, jiran tiada hubungan kekeluargaan, orang dalam perjalanan dan hamba sahaya. Sesungguhnya Allah tidak suka orang sombong dan bangga diri.” (Surah An-Nisa, ayat 36)

Hubungan kemasyarakatan kian renggang ada kaitan dengan sikap suka hidup tanpa gangguan. Kemewahan dikecapi menyebabkan individu merasakan tidak perlu bergantung kepada orang lain.
Aktiviti mem budayakan semangat kejiranan kian berkurangan akibat peredaran zaman. Aktiviti bergotong-royong jarang diamalkan.

Apakah arus pemodenan menuntut masyarakat berkelakuan sedemikian, sedangkan dalam agama hidup berjiran adalah kewajipan perlu dipenuhi bagi menjamin kerukunan dan keharmonian hidup.

Selain tuntutan agama, kehidupan berjiran penting untuk negara kerana keutuhan dan kekuatan sesebuah negara boleh diukur melalui semangat kejiranan yang ada pada warganya. Lebih-lebih lagi Malaysia didiami pelbagai kaum memerlukan rakyat bersatu mewujudkan negara maju.

Justeru, sudah tiba masanya kita mengorak langkah menghidupkan semula semangat kejiranan demi keharmonian hidup dan kesepaduan masyarakat menjadi benteng kukuh kepada pertahanan negara.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...