SAYA mengalu-alukan maklum balas Datuk Mukhriz
Mahathir berkenaan cadangan #turunkanhargakereta memandangkan beliaulah
yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif negara.
Beliau juga dijangka akan memenangi persaingan Ketua Pemuda Umno yang
akan datang, jadi pandangan beliau mengenai isu-isu yang ada kesan besar
kepada orang muda bakal memberi gambaran nasib orang muda kelak jika BN
menang pilihanraya akan datang. Dalam banyak-banyak kepayahan ekonomi
yang dialami orang muda, satu daripada isu paling hangat adalah harga
kereta yang terlalu mahal.
Datuk Mukhriz bertanya satu soalan mudah kepada saya: bagaimana mungkin
harga kereta boleh turun jika permit import kereta (AP) dilelong kepada
pembida yang menawarkan harga tertinggi?
Soalan itu begitu mudah hinggakan mula-mula saya mengesyaki beliau ada
muslihat politik besar untuk memerangkap saya, bukannya kerana beliau
mahu memahami kaedah menurunkan harga kereta yang kami cadangkan. Bila
beliau terus sahaja mengulangi soalan ini dalam sidang media dan di
laman Twitter, maka saya mula menyedari bahawa beliau betul-betul tidak
faham.
Oleh itu, saya berlapang dada akan cuba menerangkan kaedahnya kepada
seorang Timbalan Menteri yang bertanggungjawab menggubal dasar automotif
negara.
Untuk memahami apa langkah yang wajar diambil untuk menurunkan harga
kereta, kita perlu memahami terlebih dahulu apakah komponen-komponen kos
yang dibayar oleh rakyat apabila dia membeli sebuah kereta.
Bagi kereta yang dikilang oleh syarikat automotif nasional atau kereta
jenama asing yang dipasang di Malaysia, ada 2 kos komponen yang dibayar
rakyat: kos kereta (termasuklah keuntungan kepada pengilang/syarikat
automotif) dan cukai yang dikenakan kerajaan. Di bawah sistem cukai
sekarang, cukai adalah separuh dari harga kereta yang dibayar rakyat –
maknanya jika anda membeli kereta pada harga RM50,000, sebanyak RM25,000
daripada harga tersebut adalah bayaran cukai kepada kerajaan.
Kereta yang diimport dari luar negara juga mempunyai struktur kos yang
sama, tetapi harganya lebih tinggi kerana ada dua komponen kos tambahan.
Setiap kereta yang diimport dikenakan cukai import 30 peratus dan harga
jualan kereta import melonjak gara-gara lesen AP yang diperlukan untuk
mengimport.
Sebelum ini, lesen AP diberikan kepada individu/syarikat tertentu yang
rapat dengan pemerintah. Oleh kerana tekanan dari rakyat yang
berterusan, akhirnya sejak tahun 2009 kerajaan BN mula mengutip bayaran
RM10,000 bagi setiap AP.
Namun, kos lesen AP telah dimanuipulasi dan digunakan untuk mengaut
untung berlebihan yang mengakibatkan harga kereta import melambung
tinggi. Untuk memahami perkara ini, saya mengambil contoh pengalaman
Tony Pua membeli sebuah kereta import.
Beliau membayar hanya RM100,000 untuk mengimport kereta Nissan Juke
menggunakan lesen AP yang beliau perolehi sebagai seorang ahli parlimen.
RM45,000 adalah harga sebenar kereta dan bayaran penghantaran melalui
kapal. Baki RM55,000 adalah bayaran kepada kerajaan akibat duti eksais
pada kadar 85 peratus, cukai jualan 10 peratus dan duti import sebanyak
30 peratus.
Tony Pua bernasib baik kerana beliau hanya perlu membayar RM100,000
untuk kereta itu. Jika beliau membeli kereta yang sama dari pengedar
kereta tempatan, harganya ialah RM160,000.
Beza harga sebanyak RM60,000 adalah kesan sistem AP yang tidak telus
hingga menyebabkan harga kereta naik melambung kerana pemegang lesen AP
boleh sahaja mengaut keuntungan atas angin berlipat kali ganda.
Walau bagaimana pun, sebab sebenar yang menyebabkan harga kereta
terlalu mahal dan menghambakan rakyat Malaysia dengan cukai kereta
adalah cukai melampaui batas yang dikenakan ke atas kereta. Lagipun,
hanya 10 peratus dari kereta yang dijual setiap tahun diimport
menggunakan AP; bakinya adalah kereta yang dikilang/dipasang di Malaysia
yang tidak dipengaruhi sistem AP tetapi terbeban dengan cukai yang
tinggi.
Justeru, satu-satunya cara untuk menghapuskan herotan harga kereta dan
menghentikan kesengsaraan rakyat ialah dengan membatalkan cukai ini
secara berperingkat agar harga kereta Malaysia berpatutan jika
dibandingkan dengan harga di negara lain. Oleh kerana duti eksais
dikenakan ke atas semua kereta, sudah tentu pembatalannya akan memberi
kesan besar kepada harga semua kereta baik yang dipasang di Malaysia
atau diimport.
Untuk memahami perkara ini dengan lebih mudah, kita perlu kembali
kepada contoh Tony Pua membeli keretanya. Jika dia mengimport keretanya
selepas dasar pembatalan cukai kereta dilaksanakan, beliau hanya perlu
membayar sejumlah RM50,000 iaitu kos kereta, penghantaran dan cukai
jualan sebanyak 10 peratus.
Maka, beliau boleh menganggar berapa harga tertinggi yang beliau
sanggup bayar kepada kerajaan untuk mendapatkan AP membawa masuk kereta
itu. Oleh kerana Nissan Juke adalah sebuah kereta kecil yang tidak
memakan minyak yang besar, kami mencadangkan bidaan untuk AP itu bermula
pada harga RM10,000 sahaja (berbanding bidaan untuk AP membawa masuk
sebuah Lamborghini yang memakan minyak besar misalnya, harga bidaan
bermula dari RM30,000).
Sudah tentu Tony Pua akan membuat bidaan dengan mengambil kira kos
keseluruhan yang perlu ditanggung dalam membeli keretanya itu. Jika
belia sanggup membayar setakat RM90,000 bagi kereta tersebut, bidaannya
bagi mendapatkan AP boleh mencecah RM40,000 memandangkan kos kereta
hanyalah RM50,000 apabila cukai sudah dibatalkan.
Inilah bahagian yang Datuk Mukhriz nampaknya tidak faham hingga beliau
mengeluarkan kenyataan yang memalukan beliau dan kementerian.
Melalui sistem bidaan terbuka untuk AP, kerajaan akan mendapat hasil
yang meningkat kerana bayaran AP dibuat terus kepada kerajaan, bukannya
tersekat di tangan orang tengah. Hasil ini akan digunakan untuk
menampung kos menghapuskan cukai kereta yang menyebabkan harga kereta
terlalu tinggi di Malaysia.
Apabila cukai kereta dihapuskan, secara automatik harga kereta akan
jatuh sekurang-kurangnya 50 peratus walaupun harga AP ditentukan secara
bidaan terbuka, kerana sekarang pun setiap AP dijual pada harga RM40,000
hingga RM60,000 (sama dengan harga AP bila dibuat secara bidaan
terbuka). Bezanya, sekarang ini hasil dari AP masuk poket orang yang
berkepentingan dan menidakkan hak rakyat untuk membeli kereta pada harga
yang rendah jika hasil itu digunakan untuk menghapuskan cukai kereta.
Ringkasnya, penurunan cukai kereta akan menghapuskan satu komponen kos
paling besar yang menyebabkan harga kereta di Malaysia terlalu tinggi.
Saya harap penerangan ini boleh difahami dengan mudah oleh Mukhriz
kerana jika perkara semudah ini pun beliau tidak memahami, apatah lagi
perkara-perkara yang lebih rumit yang melibatkan industri dan
perdagangan antarabangsa.
* Rafizi Ramli adalah Pengarah Strategi PKR. Beliau pernah mengaudit beberapa syarikat kereta.
Tabung Anak-Anak
Tabung Anak-Anak
Friday, 14 September 2012
Jika strategi ini berjaya Umno lingkup
Antara petikan menarik dari sinar harian
1 - Pakatan Rakyat akan mewujudkan 'blue print' - pelan tindakan untuk mendekati golongan wanita di luar bandar dan kawasan pedalaman bagi mencapai misi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
2- "Golongan di kawasan ini tidak terlalu terdedah dengan media baru, justeru mereka mudah terpedaya dan tertipu dengan hasutan media yang menyokong kerajaan,"
3- dasar imperialisme yang melibatkan teori kebergantungan yang diamalkan negara maju seolah-olah dimainkan oleh Umno kerana mereka hanya membantu dari segi kewangan tetapi tidak membantu menyelesaikan cara meningkatkan ekonomi penduduk luar bandar.
"Jadi, penduduk luar bandar ini akan terus-menerus sentiasa bergantung dengan bantuan yang diberi tanpa menyedari usaha yang perlu dilakukan bagi memajukan ekonomi,"
4- Anwar menyeru supaya pimpinan wanita daripada Pas, PKR dan DAP supaya bersatu padu bagi menjayakan misi ini.
Misi ini akan berjaya jika hasil kerja keras dan kesungguhan pihak pemimpin PR dalam membantu wanita di luar bandar kerana selama ini pihak kerajaan Pusat telah banyak membantu.. paling tidak pun ia boleh dimulai di negeri - negeri yg diperintah oleh Pakatan Rakyat...
UMNO MAKIN RESAH!!! 5 bekas pegawai kanan kerajaan, 5 lagenda bola sertai PAS di Himpunan Hijau
MACHANG: Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat
negeri Kelantan malam tadi mencatat sejarah apabila 10 bekas pegawai
kanan kerajaan dan lagenda bola sepak menyerah borang menyertai PAS.
Antaranya bekas Pengarah Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan, Fauzi Harun; bekas pensyarah UMT, Prof Dr Salleh Harun; bekas Timbalan Pengurus Besar Pos Malaysia, Abdul Halim Hassan.
Selain itu Timbalan Pengurus Pos, Wan Zain Wan Ahmad, bekas pegawai polis, Nordin Daud, manakala lagenda bola sepak Malaysia iaitu Salleh Ibrahim, Mahadi Yusof, Nik Fauzi Nik Hassan, Ramli Abdullah dan Wan Zawawi Wan Yusof.
Fauzi yang pernah berkhidmat di pelbagai jabatan kerajaan pusat berkata, sebenarnya ramai pegawai kerajaan yang sokong PAS dan Pakatan Rakyat, namun tidak berani tampil ke hadapan.
“Pegawai kerajaan hanya sebagai pelaksana setiap dasar yang digubal oleh orang politik di parlimen.
“Sebab itulah kalau hijau di Putrajaya menjadi kenyataan, kerajaan baru tidak menghadapi masalah untuk mentadbir kerana pegawai yang sama juga bertugas,” katanya pada majlis berkenaan.
Beliau juga mendedahkan ketika bertugas di Pahang pernah dipanggil bersama ketua-ketua jabatan lain hadir pada perjumpaan dengan Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakub ketika menjelang pilihan raya sebelum ini.
Menurutnya pada majlis itu Menteri Besar bimbang orang Melayu berpecah.
“Saya tampil ke hadapan mengemukakan pendapat, Melayu berpecah kerana ada yang menolak al Quran dan satu lagi mahu melaksanakana ajaran al Quran,” katanya.
Kata beliau asas kepada perpecahan orang Melayu berlaku hanya faktor tersebut
Hadir sama pada program yang bermula sejak Maghrib, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Selain itu Timbalan Pesuruhjaya PAS, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Dewan Harian PAS Kelantan, wakil-wakil rakyat dan wakil Dewan Himpunan Penyokong PAS, Lau Chin Chua.
Sebelum solat Isya diadakan tazkirah disampaikan Adun Demit, Ustaz Mohamad Mustafa. Ramai yang menunaikan solat hanya berlapik kertas dan rumput.
Padang Majlis Daerah Machang mencatat sejarah baru apabila setiap ruang dipenuhi manusia. Lautan manusia jelas kelihatan dari jauh.
Kehadiran begitu ramai menyebabkan Masjid Bandar Machang yang terletak tidak jauh daripada lokasi perhimpunan difahamkan tidak dapat menampung bekalan air untuk orang ramai berwuduk.
Keadaan itu menyebabkan Air Kelantan Sdn Bhd terpaksa menghangtar lori tangki bagi membolehkan orang ramai mengambil wuduk.
Adun Pasir Tumbuh, Ahmad Baihaki Atiqullah menyifatkan kehadiran itu jauh mengatasi program Hari Raya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Sekolah Menengah Hamzah seminggu sebelumnya.
Tuan Ibrahim berkata, Kelantan menjadi destinasi terakhir program Hijau Ke Putrajaya bagi mengambil semangat kekuatan yang ada di sini sebelum melangkah ke Putrajaya.
“Kelantan telah berjaya mengeksport model pentadbiran Islam sejak 1990 lagi. Bermula dari sinilah kesedaran rakyat mulai melebar ke negeri-negeri lain.
“Biar pun sudah lama menang di Kelantan namun banyak sekatan dilakukan kerajaan pusat termasuk melengah-lengah pembayaran geran perkapita, royalti minyak, lebuh raya, dan pelbagai lagi.
“Sekatan itu akan terus berlaku selagi kerajaan BN masih lagi menguasai Putrajaya. Oleh itu kita hendaklah berpakat menukar dan membentuk kerajaan baru di pusat pada pilihan raya umum ke-13 nanti,” katanya.

Tuesday, 14 August 2012
Wednesday, 13 June 2012
perlukah menyalahkan orang lain atas kegagalan ?
Aku paling benci perasaan takut . namun perasaan takut ini
tidak dapat dielak. Kenapa ? kenapa ? Adakah ketakutan ini kerana kejahilan
dari segi ilmu @ kerana belum bersedia ? Ini semuanya kerana hati. Akal fikiran
yang menggerakkan hati . ia adalah berkait rapat. Ia juga berkait rapat dengan
cara hidup. Jika cara hidup ke arah kemaksiatan seperti gagalnya pelacur
menjadi pengamal kebaikan. Jangan pandang belakang mudah untuk diungkap namun
tidak susah untuk terus pandang ke depan. Tanya hati, jika mahu maju tinggalkan
ajer keburukan dan kezaliman. Hala tuju dan sasaran perlu jelas. Jangan terleka
walau sesaat kerana sesaat itu jugalah yang bakal menghancurkan masa depan jika
tidak dibanteras segera. Kenapa orang islam dari Negara lain boleh berjubah
sedangkan ada yang gagal unutk rambut apatah lagi berpakaian yang tidak
menjolok mata. Adakah kerana latihan awal ? melentur buluh biar lah dari
rebungnya. Bila sudah menjadi tabiat susah untuk berubah namun bukan salah kita
tapi pendidikan orang tua. Tapi diorang juga tidak berkemampuan untuk kea rah kepuasan
kerana diorang asalnya juga bukannya yang terbaik. Namun berubah di saat- saat
akhir. Bukankah hidayah datang dari allah .
jadi kenapa perlu dipertikaikan. Kenapa tidak Tanya hati di mana iman
kamu semasa melakukan sesuatu.
Kesimpulan
1 ) takut berpunca dari maksiat yang kita lakukan
seharian. Maksiat berpunca dari hati
yang kotor dan fikiran yang meliar .
2 ) hati yang kotor jk bertaubat akan bersih dan putih dan
jika dosa tadi berulang maka hati akan lebih kotor dari yang pertama tadi, maka
tidak heran lah manusia akan menjadi lebih jahat dan jahat. Kata orang jika
mencuri kali pertama jika bertaubat dan tidak buat lagi itu yang terbaik. Tapi jika
berulang kejadian mencuri untuk kali ke dua kemungkinan besar akan menjadi
lebih jahat seperti merompak, meragut dan membunuh . jadi elakkan untuk membuat
kesalahan yang ke dua kali
3 ) jangan sesekali menyalahkan orang tua atas kegagalan
kita kerana kita juga dibekalkan agama namun masih gagal untuk berubah jadi
yang terbaik. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Jadi marilah sama2 membimbing
antara satu sama lain.
4 ) melentur buluh biarlah dari peringkat awal. Itu adalah
yang terbaik kerana bila sudah besar dan dewasa untuk berubah memerlukan
pengorbanan dan perjuangan yang cukup hebat dan mencabar.
5 ) kegagalan kita untuk menjadi yang terbaik adalah
kelemahan jiwa dan iman masing 2..
Subscribe to:
Posts (Atom)