Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 1 December 2011

Umno sudah nampak jalan rampas Selangor


Perhimpunan Agung Umno 2011 yang masuk hari kedua hari ini bermula dengan penyambungan perbahasan usul Ucapan Dasar Presiden.

Antara mereka yang membahas hari ini, adalah perwakilan Selangor, Datuk Johan Abdul Aziz.

Beliau memulakan perbahasan dengan membidas kerajaan negeri Selangor yang diterajui Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang didakwa terbabit dengan pelbagai salah-laku dan penyelewengan.

azlan“Penjualan aset-aset PKNS dan Yayasan Selangor dipergadai. Dalam manifesto PRU12, mereka berjanji sediakan premis yang cukup dan latih usahawan.

“Sewa premis di bangunan PKNS dinaikkan 300 peratus. Menipu rakyat turunkan cukai pintu kediaman. Penyangak tidak berhenti di situ saja, sekarang nak ambil alih padang awam di Kelana Jaya,” katanya.
Tak hebat mana

Menurut Johan lagi, kerajaan Pakatan di Selangor tidaklah sehebat mana dan Umno Selangor telah bermuhasabah setelah kekalahan pedih semasa pilihan raya umum 2008 yang lalu. Dakwanya, mereka kini sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Kami di Selangor amat rasa pedih akibat kalah pada PRU12. Kami cemburu dengan negeri-negeri yang menang, rasa tersiksa di bawah pembangkang. Kami sudah bermuhasabah dan sudah nampak jalan untuk rampas kembali negeri ini.

“Pembangkang tak hebat pun. DAP yang rasis, PKR dengan masalah peribadi pemimpin dan PAS yang tidak tetap pendirian. Pembangkang boleh perlekeh Sultan," katanya.
azlanTurut menjadi sasarannya adalah pakar perlembagaan dan pensyarah Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari kerana banyak mengeluarkan kenyataan yang tidak menyebelahi kerajaan.

“Saya cabar profesor Melayu ini letak jawatan segera dan masuk politik sebenar. Jangan guna institusi akademik untuk perlekeh kesultanan Melayu. UMNO akan pertahankan raja-raja Melayu

“Daulat Tuanku... Daulat Tuanku...” laungnya.
Beliau juga membidas kerajaan negeri Selangor yang meletakkan semua projek mega di bawah MBI (Menteri Besar Incorporated).
Selain itu, dakwanya, pusat-pusat maksiat tumbuh “macam cendawan tumbuh musim hujan” di bandar-bandar utama seluruh Selangor.

prostitution, desa mentari, police raid“Selangor lubuk maksiat. Lesen hiburan dulu 400 sekarang 4,000 lebih. (Ini belum lagi jumlah) rumah urut, pusat video game.

“(Rakyat) miskin bandar dan luar bandar masih ketara. Saya nak cadangkan jika benar nak kembalikan Selangor dan negeri-negeri yang tewas, kerajaan perlu dan wajib melipatgandakan peruntukan,” katanya.
Tikam belakang

Menurut Johan, bagi merampas semula Selangor, ahli Umno dan juga komponen BN tidak harus menikam belakang manakala kerjaan pusat perlu meningkatkan peruntukan kepada negeri itu.

“Kalau nak menang jangan tikam belakang, jangan main belakang. Saya pastikan rakan-rakan  negeri Selangor berpendirian yang sama. Selangor tak main belakang, yang pasti kami tikam dan main depan, bukan belakang,” katanya sambil disambut gelak ketawa perwakilan.

NONEJohan juga meminta semua ahli-ahli Majlis Tertinggi Umno supaya turun padang bagi berkempen dan tidak mengharapkan tanggungjawab itu dipikul semata-mata oleh presiden dan timbalan presiden.

“Kalau nak perubahan besar ia mestilah bermula dari atas. PM dan TPM tak menang tangan turun padang di Selangor. Ahli Majlis Teringgi bantulah terutama di negeri-negeri yang tewas.

“Kalau gerak kerja seperti pemilihan Umno, sudah pasti kita boleh menang besar bukan sahaja di negeri yang menang, malahan di negeri kalah.

“Kalau MT sanggup berkorban 10 kali ganda, kami sanggup keluarkan 100 kali ganda,” katanya.

Penganggur didenda RM8,000 kerana lupus barang curi

Mohd-Hairul-tunduk-ketika-gambarnya-dirakam
GEORGETOWN - Mahkamah Majistret di sini semalam mengenakan denda RM8,000 terhadap seorang penganggur setelah mengaku bersalah atas tuduhan melupuskan barang curi bernilai RM4,000.
Mengikut pertuduhan pertama, Mohd Hairul Iskandar Mohd Isa, 21, didakwa melupuskan sebuah komputer riba, sebuah televisyen LCD dan seutas jam tangan yang kesemuanya bernilai RM3,000, yang diketahuinya barang curi antara 24 Oktober hingga 23 November, di Kedai Pajak Gadai Harmony Enterprise, Jelutong, di sini.
Pertuduhan kedua, Mohd Hairul didakwa melakukan kesalahan dengan melupuskan seutas jam tangan jenama Elle bernilai RM1,000, di tempat dan tarikh yang sama.
Untuk kesalahan itu, Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farhana Hashim mengemukakannya mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman  penjara maksimum tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Ketika rayuan, Mohd Hairul memohon hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan mempunyai tanggungan keluarga.
Bagaimanapun, Nur Farhana memohon hukuman setimpal dijatuhkan dengan mengambil nilai barangan dilupuskan.
Majistret Noor Aini Yusof kemudian mengenakan denda RM4,000 atau 12 bulan penjara untuk setiap pertuduhan.

Sikap pemandu tidak berubah



Sikap pemandu tidak berubah
ALOR GAJAH - Walaupun kerajaan sering melaksanakan kempen keselamatan jalan raya, namun tidak ramai pengguna yang peka dan mematuhi peraturan semasa di jalan raya sekali gus menjadikan sikap pemandu itu sendiri punca utama kemalangan di negara ini.

Pengarah Jabatan Kese­lamatan Jalan Raya (JKJR) Melaka, Norazle Sulaiman berkata, berdasarkan kajian JKJR, faktor tekanan masa seperti ingin cepat sampai dan tergesa-gesa menyebabkan pe­mandu memandu secara melulu hingga membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.

Menurutnya, anggota penguatkuasaan sentiasa menjalankan pemantauan terhadap pemandu yang gemar memandu laju, namun pokok pangkalnya terletak pada pemandu itu sendiri.

“Sikap pemandu itu sendiri yang boleh mengurangkan kemalangan semasa di jalan raya. Sekiranya mereka memandu secara berhemah serta memikirkan keselamatan diri dan orang lain, kadar kemalangan dapat dikurangkan,” katanya.

Pengguna jalan raya, Mohd Zamri Basir, 39, berkata, peraturan keselamatan jalan raya perlu dipertingkatkan dari masa ke semasa bukan bermusim kerana pemandu di negara ini terlalu dimanjakan sehingga banyak nyawa melayang.

“Saya sering lihat pemandu memotong kenderaan lain di garisan berkembar. Malah, lebih membahayakan apabila ada antara mereka berani memotong ketika berada di selekoh tajam,” katanya.

Menurutnya, kempen keselamatan jalan raya perlu diterap pada peringkat sekolah lagi disebabkan sikap pemandu di negara ini masih lagi berada pada tahap rendah jika dibandingkan dengan negara maju yang lain.

“Saya mencadangkan supaya pihak penguat kuasa dapat melakukan pemeriksaan dengan lebih kerap supaya jalan raya tidak menjadi laluan maut,” katanya.

Generasi baru suka rasuah



Generasi baru suka rasuah
SUBANG JAYA – Agak mengejutkan, kajian dilakukan Transparensi Antara­bangsa-Malaysia (TI-M), me­nunjukkan generasi baru di Malaysia suka pada rasuah.
Timbalan Presidennya, Profesor Datuk Mohamad Ali Hasan berkata, kajian ke atas 1,000 rakyat Malaysia berumur 16 tahun ke atas menunjukkan hampir 70 peratus pelajar dan penuntut universiti sedia menerima rasuah.
 
“Saya bimbang dengan situasi ini. Mereka mengetahui ia adalah jenayah. Malah, masyarakat pun sedar mengenainya, namun yang menjadi persoalan, kecenderungan menerima rasuah tidak jadi kesalahan.
 
“Bagi mereka, rasuah adalah amalan biasa dan diperlukan dengan alasan. Ia adalah pelincir untuk memudahkan urusan seharian,” katanya di Forum Laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dan Barometer Rasuah (CB) di Subang, semalam.
 
Menurutnya, rakyat Malaysia dan pemerintah seolah-olah memandang ringan mengenai masalah ini sedangkan kedudukan negara ini telah meningkat empat tangga pada 2011 dari 56 pada tahun lalu.
 
“Jika dibuat perbandingan de­ngan 183 buah negara, CPI Singapura di tangga kelima selepas New Zealand, Denmark, Finland dan Sweden. manakala di Asean, negara itu berada tempat pertama dengan 9.2 mata sedangkan Malaysia di tempat ketiga, dengan 4.3 mata.
 
“Kita patut mencontohi negara tersebut. Jika tidak kepercayaan kepada agensi kerajaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhakis dan patut mengambil pengajaran daripada negara Islam seperti Syria, Pakistan, Iraq, Sudan, Nigeria dan Somalia berada di tangga ke-100 atas serta terakhir,” katanya.
 
Beliau berkata, 49 peratus masalah ini berpunca daripada kelemahan kerajaan, agensi penguat kuasa dan politik wang.
 
Malah, katanya, ‘ibu rasuah’ dilakukan ahli politik dan satu daripada sembilan menunjukkan mereka yang telah menerima rasuah terdiri daripada Ahli Parlimen serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun).
 
“Kerajaan dan pembangkang jangan asyik cakap serta beretorik sepanjang masa hendak cegah rasuah.
 
“Mereka perlu bertindak mena-nganinya. Jika tidak kredibiliti mereka di mata rakyat akan terjejas. Malah, kerajaan yang ada sekarang, jika tidak mahu berubah, tidak mustahil akan diubah oleh rakyat,” katanya.
 
Untuk memastikan keberkesanan pencegahan, katanya, SPRM perlu bebas daripada pengaruh politik dan diletakkan di bawah Parlimen.

Kenapa mesti bersabar


1. Sebaiknya kita merenungkan dosa-dosa yang telah kita lakukan. Dan Allah menimpakan ujian atau musibah-musibah tersebut mungkin  disebabkan dosa-dosa kita . Sebagaimana firman Allah SWT :     “Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri, dan Allah memaafkan sebagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu).” (Asy Syuro : 30).
Apabila seorang hamba menyedari bahwa musibah-musibah yang menimpa disebabkan oleh dosa-dosanya. Maka dia akan segera bertaubat dan meminta ampun kepada Allah dari dosa-dosa yang telah dilakukannya
Dan Nabi Muhammad saw bersabda:  “Tak seorang muslim pun yang ditimpa  gangguan contohnya tusukan duri atau yang lebih berat daripadanya, melainkan dengan ujian itu Allah menghapuskan perbuatan buruknya serta menggugurkan dosa-dosanya sebagaimana pohon kayu yang menggugurkan daun-daunnya.” (HR Bukhari dan Muslim). Jadi ujian dan cubaan, mampu sebagai penggugur dosa-dosa kita dan juga untuk mengangkat kita ke darjat keimanan yang lebih tinggi.

2..
Kita harus menyakini dengan seyakin-yakinnya, bahwa Allah selalu ada bersama kita. Dan Allah telah memberikan jaminan untuk kita dalam surah Al Baqarah ayat 286, bahwa ” Allah tidak akan membebani seseorang melainkan sesuai kesanggupannya.     Dan Allah cinta dan redha kepada orang yang sabar.  Sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya sbb:    dan sabarlah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS Al Anfal : 46)   Dan Firman-Nya :     “…Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS.Al Imran : 146)
Bersabarlah maka kita akan melihat betapa dekatnya kelapangan
Barangsiapa yang muraqabah (merasa  diawasi) Allah dalam seluruh urusan, ia akan menjadi hamba Allah yang sabar dan berhasil melalui ujian apapun dalam hidupnya.  Kesabaran yang didapatkan ini, berdasarkan pada petunjuk Allah dalam Al Quran,  surah At Thur ayat 48  : Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Tuhanmu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu ketika kamu bangun berdiri”
 Dan ketahuilah, bahwa barangsiapa yang mengharapkan Allah, maka   Allah akan ada dimana dia mengharap.

3. Kita harus mengetahui bahwa jika kita bersabar, maka akan mendatangkan redha Allah, kerana ridha Allah SWT, terdapat dalam kesabaran kita, terhadap segala ujian dan ketentuan takdir-Nya, yang kurang kita sukai.

Peringkat Kesabaran


Ibnul Qoyyim mengatakan dalam Madarijus Salikin : “Sabar adalah menahan jiwa dari keluh kesah dan marah, menahan lisan dari mengeluh serta menahan anggota badan dari berbuat tasywisy (tidak lurus). 

Sabar ada tiga macam, iaitu sabar dalam berbuat ketaatan kepada Allah, sabar dari maksiat, dan sabar dari cubaan Allah.”

Oleh kerana itu sabar dibagi menjadi tiga tingkatan :

1. Sabar dari meninggalkan kemaksiatan kerana takut ancaman Allah, Kita harus selalu berada dalam keimanan dan meninggalkan perkara yang diharamkan.
Yang lebih baik lagi adalah,  sabar dari meninggalkan kemaksiatan kerana malu kepada Allah. Apabila kita mampu muraqabah (meyakini dan merasakan Allah sedang melihat dan mengawasi kita)  maka sudah seharusnya kita malu melakukan maksiat, karena kita menyadari bahwa Allah SWT selalu melihat apa yang kita kerjakan. Sebagaimana tertulis dalam firman-Nya, di surah Al Hadid ayat 4 ” ........ Dan Dia bersama kamu di mana saja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan”


2. Tingkatan sabar yang kedua adalah sabar dalam melaksanakan ketaatan kepada Allah,  dengan terus-menerus melaksanakannya, memelihara keikhlasan dalam mengerjakannya dan memperbaikinya. Dalam menjalankan ketaatan, tujuannya hanya agar amal ibadah  yang dilakukan diterima Allah, tujuannya semata-mata ikhlas karena Allah SWT.

Nasihat untuk Apek


Ketahuilah, ujian dan cubaan di dunia merupakan sebuah kwjipan, siapa pun tidak akan terlepas darinya. Bahkan, itulah warna-warni kehidupan. Kesabaran dalam menghadapi ujian dan cubaan merupakan tanda kebenaran dan kejujuran iman seseorang kepada Allah SWT

Sesungguhnya ujian dan cubaan yang datang bertubi-tubi menerpa hidup manusia merupakan satu ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah Azza wa Jalla. Tidak satu pun diantara kita yang mampu menghalau ketentuan tersebut.

Keimanan, keyakinan, tawakkal dan kesabaran yang kukuh amatlah sangat kita amalkan dalam menghadapi badai cubaan yang menerpa. Sehingga tidak menjadikan diri kita berburuk sangka kepada Allah SWT terhadap segla Ketentuan-Nya.

Oleh kerana itu, dalam keadaan apapun, kita sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT harus senantiasa berbaik sangka kepada Allah. Dan haruslah diyakini bahwa tidaklah Allah menurunkan berbagai musibah melainkan sebagai ujian atas keimanan yang kita miliki. Allah sebagaimana tertulis dalam firman-Nya
  
:  “Apakah kalian mengira bahwa kalian akan masuk ke dalam surga, padahal belum datang kepada kalian (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kalian? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam goncangan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang bersamanya : Bilakah datang pertolongan Allah? Ingatlah sesungguhnya pertolongan Allah amatlah dekat.” (QS. Al Baqarah : 214)

Kesabaran merupakan perkara yang amat dicintai oleh Allah dan sangat dikehendaki seorang muslim dalam menghadapi ujian atau cubaan yang dialaminya. 


Sebagaimana dalam firman-Nya :   “…Allah mencintai orang-orang yang sabar.” (QS. Al Imran : 146)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...