Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 13 June 2012

perlukah menyalahkan orang lain atas kegagalan ?


Aku paling benci perasaan takut . namun perasaan takut ini tidak dapat dielak. Kenapa ? kenapa ? Adakah ketakutan ini kerana kejahilan dari segi ilmu @ kerana belum bersedia ? Ini semuanya kerana hati. Akal fikiran yang menggerakkan hati . ia adalah berkait rapat. Ia juga berkait rapat dengan cara hidup. Jika cara hidup ke arah kemaksiatan seperti gagalnya pelacur menjadi pengamal kebaikan. Jangan pandang belakang mudah untuk diungkap namun tidak susah untuk terus pandang ke depan. Tanya hati, jika mahu maju tinggalkan ajer keburukan dan kezaliman. Hala tuju dan sasaran perlu jelas. Jangan terleka walau sesaat kerana sesaat itu jugalah yang bakal menghancurkan masa depan jika tidak dibanteras segera. Kenapa orang islam dari Negara lain boleh berjubah sedangkan ada yang gagal unutk rambut apatah lagi berpakaian yang tidak menjolok mata. Adakah kerana latihan awal ? melentur buluh biar lah dari rebungnya. Bila sudah menjadi tabiat susah untuk berubah namun bukan salah kita tapi pendidikan orang tua. Tapi diorang juga tidak berkemampuan untuk kea rah kepuasan kerana diorang asalnya juga bukannya yang terbaik. Namun berubah di saat- saat akhir. Bukankah hidayah datang dari allah .  jadi kenapa perlu dipertikaikan. Kenapa tidak Tanya hati di mana iman kamu semasa melakukan sesuatu.
 Kesimpulan
1 ) takut berpunca dari maksiat yang kita lakukan seharian.  Maksiat berpunca dari hati yang kotor dan fikiran yang meliar .
2 ) hati yang kotor jk bertaubat akan bersih dan putih dan jika dosa tadi berulang maka hati akan lebih kotor dari yang pertama tadi, maka tidak heran lah manusia akan menjadi lebih jahat dan jahat. Kata orang jika mencuri kali pertama jika bertaubat dan tidak buat lagi itu yang terbaik. Tapi jika berulang kejadian mencuri untuk kali ke dua kemungkinan besar akan menjadi lebih jahat seperti merompak, meragut dan membunuh . jadi elakkan untuk membuat kesalahan yang ke dua kali
3 ) jangan sesekali menyalahkan orang tua atas kegagalan kita kerana kita juga dibekalkan agama namun masih gagal untuk berubah jadi yang terbaik. Begitu juga dengan ibu bapa kita. Jadi marilah sama2 membimbing antara satu sama lain.
4 ) melentur buluh biarlah dari peringkat awal. Itu adalah yang terbaik kerana bila sudah besar dan dewasa untuk berubah memerlukan pengorbanan dan perjuangan yang cukup hebat dan mencabar.
5 ) kegagalan kita untuk menjadi yang terbaik adalah kelemahan jiwa dan iman masing 2..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...