Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday 1 March 2012

Ujian Allah


    Seperti yang telah diutarakan sebelumnya, tidak ada satu pun di muka bumi ini yang diciptakan sia-sia, tetapi dengan maksud tertentu. Pemahaman ini bergantung pada kecerdasan manusia sendiri. Bagi yang beriman, kecerdasan dan kebijaksanaannya meningkat; mereka dapat memahami alasan ini semakin baik dari waktu ke waktu.
Salah satu ajaran terpenting adalah bahwa kita selalu diuji sepanjang hidup kita. Allah menguji keikhlasan dan keimanan kita dalam kejadian-kejadian yang berbeda. Dia juga memberikan kurniaan untuk menguji apakah kita termasuk orang-orang yang bersyukur ataukah sebaliknya. Dia menciptakan berbagai kesulitan bagi kita untuk mengetahui apakah kita bersabar atau tidak,
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan"(Al-Anbiyaa' 21:35
Kita juga diuji dengan berbagai cara. Hal ini dijelaskan dalam Al-Qur`an pada ayat,
"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar"(Al-Baqarah 2:155)
Kehidupan kita secara terencana merupakan "benda" untuk diuji. Mulanya, kita diuji melalui fisikal kita. Al-Qur`an menyatakan,
          "Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat."(Al-Insaan 76:2)
Kerana itu, setiap yang kita dengar dan lihat sebenarnya merupakan bagian dari ujian tersebut. Dalam segala situasi, kita akan diuji untuk melihat apakah kita berperilaku sesuai dengan Al-Qur`an ataukah dengan keinginan kita sendiri yang sia-sia.
Allah menguji ketabahan orang-orang beriman dengan berbagai kesulitan. Salah satunya adalah tekanan dari orang-orang ingkar. Semua tindakan buruk, seperti hinaan, ejekan, kekerasan, dan bahkan siksaan serta pembunuhan, hanyalah ujian untuk orang-orang beriman.
"Demi sesungguhnya, kamu akan diuji pada harta benda dan diri kamu. Dan demi sesungguhnya, kamu akan mendengar dari orang-orang yang telah diberikan Kitab dahulu daripada kamu dan orang-orang yang musyrik: banyak (tuduhan-tuduhan dan cacian) yang menyakitkan hati. Dalam pada itu, jika kamu bersabar dan bertaqwa maka sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)."(A-li'Imraan 3:186) 
Hal yang terpenting untuk dipahami adalah bahwa semua kehilangan dan kecelakaan ini diciptakan Allah sebagai ujian khusus. Bagi mereka yang tidak paham, hal ini akan menjadikannya fasik. Al-Qur`an meriwayatkan kisah Yahudi,
"Dan bertanyalah kepada mereka (wahai Muhammad) mengenai (penduduk) bandar yang letaknya di tepi laut, semasa mereka melanggar larangan pada hari Sabtu, ketika datang kepada mereka pada hari Sabtu itu ikan-ikan (yang menjadi cubaan kepada) mereka, yang kelihatan timbul di muka air; sedang pada hari-hari lain, ikan-ikan itu tidak pula datang kepada mereka. Demikianlah kami menguji mereka (dengan cubaan itu) kerana mereka sentiasa berlaku fasik."(Al-A'raaf 7:163)
Hanya orang yang memiliki kecerdasanlah yang dapat menyadari ujian ini dan dapat berhasil dalam ujian dengan menggunakan kecerdasannya tersebut. Kerana itu, seorang yang beriman jangan sampai lupa bahwa ia sedang diuji sepanjang hidupnya. Ujian ini tidak akan berlalu atau surga tidak dapat diraih hanya dengan mengatakan “saya beriman”.
"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?  Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta."(Al-'Ankabuut 29:2-3)
Dalam ayat lain dijelaskan,
"Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?"(A-li'Imraan 3:142

Biar miskin harta jangan miskin iman


  • Islam sangat menitikberatkan umatnya supaya berusaha dengan gigih dalam aktiviti pencarian rezeki. Jika ditinjau daripada skop keusahawanan, setiap tindakan dan usaha yang dilakukan oleh setiap pengusaha adalah terikat dengan konsep yang diistilahkan sebagai ibadah.
  • Oleh kerana ia dinilai sebagai ibadah, sudah tentulah ia perlu dilakukan secara ikhlas dan jujur berasaskan kepada ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah SWT yang Maha Berkuasa.
  • Di samping itu juga, setiap aktiviti dan amalan yang terangkum dalam skop keusahawanan tersebut perlu terikat sepenuhnya kepada tata cara muamalah Islam.
  • Bertitik-tolak daripada pengertian tersebut, Islam menuntut setiap manusia berusaha mengolah segala sumber yang dianugerahkan untuk memenuhi keperluan mereka dengan cara yang halal dan bersih daripada unsur-unsur kekejian yang menyalahi prinsip syarak.
  • Keperluan mematuhi perkara tersebut adalah sebahagian daripada perkara asas sebagaimana yang dituntut oleh al-Quran dan al-sunnah.
  • Melalui persoalan yang saudara kemukakan jelas bahawa dalam proses pencarian rezeki ada keterlibatan dalam aktiviti yang tidak diredai dalam syariah islamiah.
  • Pertamanya, dalam sudut akhlak ia sangat bertentangan dengan moral dan norma Islam. Orang Islam ditegah menghadiri acara yang secara terang-terang bertentangan dengan Islam, minum arak, orang Islam ditegah, apatah lagi menganjurkan.
  • Sedangkan dalam hadis-hadis Rasulullah SAW telah menegah dengan tegas bahawa arak adalah ibu kepada segala punca masalah. Malahan baginda mengkategorikan penanam anggur (tujuan menghasilkan arak), pemetiknya, pemerahnya sehinggalah kepada penghidangnya, kesemua mereka termasuk dalam golongan yang melakukan dosa besar.
  • Walaupun aktiviti entertainment yang saudara terlibat secara langsung mahupun secara tidak langsung, saudara tetap dilihat orang yang bersubahat. Biar apa pun maksud saudara ia tetap haram.
  • Selain arak, disediakan pula layanan dari wanita-wanita seksi sebagai penghibur. Maka sempurnalah maksiat ke peringkat yang maksimum. Apabila ada arak dan wanita sebagai pelaris dan pelincir tiada lain yang diundang melainkan kemurkaan Allah SWT. Perkara ini lebih kepada rasuah arak dan seks.
  • Ini bukan kali pertama saya ditanya mengenai hal sebegini, malahan saya pernah ditanya sebelum ini mengenai soalan yang hampir sama. Nampaknya, memang sudah kian lama wujud sikap sebegini dalam kalangan peniaga atau usahawan dalam melobi projek yang diinginkan.
Mungkin ini berlaku kerana dua punca. Pertama, kerana ada pihak yang memberi dan ada pihak yang menerima. Kedua-duanya tetap berdosa dan perbuatan mereka adalah haram.
Yang pastinya, peniaga kerap kehilangan projek, walaupun telah melabur dalam pelbagai aktiviti melobi. Yang untung pihak yang meluluskan atau memberi kata putus kepada projek tersebut.
Kalau ada 10 orang yang melobi belum tentu semua dapat. Jadi yang kenyang adalah pihak yang diraikan dalam aktiviti-aktiviti haram.
Rezeki yang tidak berkat


Jelasnya, rezeki yang diperolehi melalui aktiviti yang sebegini pastinya tidak diberkati Allah SWT.
Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud: Katakanlah: Adakah kamu lihat apa yang diturunkan Allah untuk manfaat kamu itu sehingga dapat kamu jadikan sebahagian daripadanya haram, dan sebahagian lagi halal? Katakanlah lagi: Adakah Allah izinkan bagi kamu berbuat demikian, atau kamu hanya mengada-adakan secara dusta terhadap Allah? (Yunus: 59)
Mengulas ayat di atas, Ibn Kathir memberi pandangannya bahawa Allah SWT mencela golongan yang dianugerahkan dengan rezeki-Nya tetapi sebahagian daripada rezeki tersebut dinyatakan haram dan sebahagian daripada yang lain ditafsirkan halal menurut keperluannya sendiri.
Hakikatnya, manusia tersebut hanya menurut kehendak hawa nafsu dan akal fikiran semata-mata tanpa bersandarkan tafsiran agama.
Oleh yang demikian, manusia bertindak mengharamkan apa yang dihalalkan oleh Allah SWT dan menghalalkan apa yang diharamkan oleh Allah SWT. Bagi mereka ini, azab seksaan yang pedih pada hari akhirat.
Islam memuji penganutnya yang berusaha melibatkan diri dalam sektor keusahawanan ataupun perdagangan. Namun begitu, usaha mencari keuntungan melalui jalan tersebut perlulah melalui saluran yang halal dan diberkati oleh Allah SWT.
Justeru, individu usahawan yang berusaha secara tekun melalui jalan yang dihalalkan oleh syarak sudah pasti akan diredai oleh Allah. Sekali gus mendapat pengiktirafan tinggi oleh agama sebagai usahawan yang berjaya.
Atas kemuliaan prinsip tersebut, muamalah Islam memberi peringatan kepada para pengusaha supaya tidak terlibat dalam perkara-perkara yang mengandungi unsur-unsur seperti riba, menipu, memanipulasi harga, rasuah dan sebagainya.
Realitinya, tindakan-tindakan yang dinyatakan tadi bertentangan dengan kepentingan maqasid al-syariah iaitu bertunjangkan prinsip keadilan, menjauhi unsur-unsur kezaliman dan juga kepentingan memelihara harta.
Ingat Rasulullah SAW berpesan bahawa para peniaga akan dibangkit dalam keadaan untung mahupun rugi, sabda baginda yang bermaksud: "Sesungguhnya para pedagang akan dibangkitkan kelak pada hari kiamat sebagai orang yang curang, kecuali orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebajikan dan jujur. (al-Tirmidzi)
Tidak ada makna saudara beroleh satu projek dengan menggadaikan iman dan takwa, lebih-lebih lagi Islam tergadai di dalam aktiviti entertainment melobi. Biar kita miskin harta, jangan miskin iman.
Saya ingat pesan isteri kepada suaminya sebelum keluar mencari rezeki, katanya: "Ingatlah wahai suamiku, sesungguhnya kami sanggup menanggung keperitan kemiskinan, tapi kami tidak sanggup menanggung seksa api neraka".
Doa saya agar Allah SWT memberi saudara kekuatan menghadapi dunia perniagaan dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Ciri- ciri manusia beriman

 

 Mohon maaf, akui kesalahan, pamer sifat orang bertakwa

  • MEMOHON maaf dan mengakui kesalahan bukan mudah. Setiap orang sering mengalami hal itu. Ramai mengalami masalah untuk berkata maaf kerana mahu menjaga imej, maruah dan malu.

  • Bahkan ada segelintir orang yang berasa tidak perlu memohon maaf dan mengakui kesalahan kerana berasa kedudukannya yang lebih tinggi.
  • Dalam Islam sikap memaafkan kesalahan orang lain adalah satu ciri orang bertakwa. 
Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan bersegeralah kamu kepada keampunan daripada Tuhanmu, Allah menyediakan syurga yang seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang bertakwa iaitu orang yang menafkahkan hartanya pada waktu lapang atau sempit dan orang yang menahan marahnya dan memaafkan kesalahan orang lain, Allah menyukai orang berbuat kebajikan.” (Surah al-Imran, ayat 133-134).


  • Dalam sejarah dicatatkan, selepas pembebasan kota Makkah di hadapan orang yang selama ini gigih memusuhinya, Rasulullah SAW berkata: “Wahai orang Quraisy, menurut pendapat kamu sekalian apakah yang akan aku lakukan terhadapmu sekarang?” Jawab mereka: “Yang baik-baik. Saudara kami yang pemurah. Sepupu kami yang pemurah.” Mendengar jawapan itu Nabi kemudian berkata: “Pergilah kamu semua, sekarang kamu sudah bebas.”

  • Dengan pengampunan dan pemberian maaf itu, jiwa Nabi melampaui kebesaran dimilikinya, hilang rasa marah, dengki dan dendam dalam hati, menunjukkan bahawa baginda bukanlah manusia yang mengenal permusuhan, atau akan membangkitkan permusuhan dalam kalangan umat manusia.

  • Memberikan kedudukan tinggi kepada pemberi maaf kerana sifat pemaaf adalah sebahagian daripada akhlak luhur yang harus menyertai seorang Muslim bertakwa. Allah SWT berfirman bermaksud: 
“Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah asy-Syura, ayat 40).

Daripada Uqbah Amir, dia berkata: “Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
 “Wahai Uqbah, bagaimana jika aku beritahu kepadamu mengenai akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama?” Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi terhadap orang yang tidak mahu memberi kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi dirimu.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawi).


  •  kemarahan yang tidak dapat dikawal boleh merosak sistem suhu dalam tubuh dan boleh membakarnya lalu menjadikannya sulit berfikir secara waras malah akan memburukkan keadaan seseorang.

Kesimpulannya, setiap manusia di dunia pasti mempunyai kesalahan tetapi hanya yang berani saja mahu mengakui kesalahannya. Setiap manusia di dunia pasti pernah disakiti hatinya. Hanya yang berjiwa kesatria yang mampu menjadi pemaaf.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...