Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Veena Malik saman FHM


NEW DELHI: Aktres Pakistan, Veena Malik memfailkan saman malu terhadap sebuah majalah India kerana menyiarkan gambar dirinya yang telah diubah, berbogel dengan huruf singkatan agensi perisikan Pakistan di lengannya, di kulit majalah itu.
Jurucakap Veena, Sohail Rasheed berkata, aktres itu menuntut 100 juta rupee (RM6.27 juta) daripada majalah FHM India.

Editor majalah itu mempertahankan gambar kulit majalah itu adalah asli dan mendapat kebenaran Veena.

“Gambar itu telah diubah,” kata Sohail yang berada di Islamabad. Katanya lagi, majalah itu telah menjatuhkan ‘karektor dan kredibiliti’ Veena.


FHM keluaran Disember belum diedarkan, tetapi prebiu untuk kulit hadapan majalah itu yang disiarkan di laman webnya, membuatkan keadaan kelam kabut.

Editor FHM India, Kabeer Sharma berkata, dia pelik dengan tuduhan Veena.

“Mungkin kerana dia menerima kecaman hebat sebab itu dia menafikannya.

“Kami tidak mengubah gambar itu untuk dijadikan gambar kulit hadapan. Begitulah rupanya dan dia mempunyai bentuk tubuh yang sangat menarik,” kata Sharma.

Dalam laman Twitternya semalam, Sharma berkata dia akan menerbitkan beberapa gambar daripada sesi fotografi itu untuk menjelaskan kedudukan sebenarnya. - AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...