Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Thursday, 8 December 2011

Usai sudah rumah pertama aku

Setelah menanti hampir setahun gak ler penukaran hak milik asal kepada hak pemilik bru ( aku) akhirnya settle sudah. Beli rumah ni makan duit byk gak hampir dekat Rm 30,000 termasuk duit deposit, lawyer. Aku pada masa itu beli secara lelongan kerana hampir setahun aku tunggu harga rumah tu jatuh. Rumah aku dilelong dengn harga Rm 72,000 namun malang lak aku ketika proses pembidaan itu. Ader manusia lain yang berminat jadi terpaksa la aku fight sampai harga rumah naik . Yang asalnya Rm72,000 naik sampai Rm 90,000. Minat punya pasal , aku beli gak, nasib baik dia mengalah, kalu naik ke Rm 100,000 tak ke menzalimi diri sendiri...hehe
Pada masa tu aku tak tengok status rumah tu mcm mana, rupanya rumah leasehold dan berstatus bumiputra lot... masak la aku jika mahu jual nanti....memula aku fikir tak kisah ler kerana situ kawasan pasaraya besar ( Giant ) kalau jalan kaki jer pun 5 minit ajer sampai... bas lak banyak lalu depan rumah aku...Kedai- kedai pun banyak...ATM pun ader la 2,3 bank yang buka kat situ... KFC, Mac D pun dekat. ... kena pulak dekat dengan tempat mengajar bini aku...Aku sebenarnya malas nak fikir pasal susah nak cari pembeli Melayu dan status leasehold jika mahu jual ...Yang aku fikir aku nak duduk rumah sendiri dan tak mahu menyewa lagi setelah 5 tahun menyewa.

Yang ke 2 yang aku fikir, tempt tu senang nak bagi sewa kat orang lain sebab dekat dengan bus stop, pasaraya pun byk, rumah kedai pun banyk...

Yang ke 3 ... rumah tu besar dekat 900 kaki ...xde la sempit macm rumah sewa aku dulu hanya 400 kaki lebih

Yang ke 4, harga rumah tu bank lelong dengan harga yang murah ....harga market rumah tu Rm140,000 tapi dijual dengan harga RM72,000 namun nasib tak baik naik Rm18,000 kepada Rm90,000 namun masih untung Rm50,000. Tolak repair itu ini aku agak untung dekat Rm30,000 gak ler...

1 comment:

  1. wow... bestnya.. dapat beli rumah murah yg strategik..;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...