Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

Umno umpama Power Rangers


KUALA LUMPUR: Wakil Kelantan, Datuk Md Alwi Che Ahmad memulakan sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden, semalam dengan membuat perbandingan antara slogan Umno dan slogan Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Beliau berkata, Umno selaku parti komponen utama Barisan Nasional (BN) melaungkan ‘transformasi’ kerana pengertiannya yang lebih meluas yang menuntut perubahan dalam segenap segi tetapi tetap berpaksi kepada pendirian asal.

Sambil menyamakannya dengan robot ‘megazord’ yang boleh bertukar rupa bentuk apabila diserang, Md Alwi berkata, Umno saling tak tumpah seperti makhluk pengaman dalam siri televisyen popular Power Rangers itu.
“Transformasi mudah saja....apa yang tak fahamnya? Transform macam ‘megazord’ yang bila diserang bertukar jadi kapal terbang bagi ‘pom pom pom’ (bunyi peluru)...memuntahkan peluru.

“Transformasi kita macam itulah...buat apa yang sesuai, mengikut keadaan dan berubah tetapi akhirnya apabila selesai semua, kembali kepada asal.

“Berbanding reformasi dilaungkan PKR....tukar semuanya....nampak mudah, namun dia tak boleh kembali kepada asal. Jadi, apakah cara reformasi ini?,” katanya pada Perhimpunan Agung Umno 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam.

Mempersoalkan lagi istilah reformasi dilaungkan pembangkang itu, katanya, adakah ia seperti memakai seluar dengan zip di belakang? “Kalau pakai seluar, zipnya di belakang...boleh ke?....tak boleh...(disampuk Pengerusi Tetap, Datuk Paduka Badruddin Amiruldin, ‘takkan nak buang ayak (air) ke belakang)...tak boleh...tak boleh,” katanya.

Berikutan itu, beliau menyimpulkan perjuangan parti dan pembaharuan dilaungkan adalah untuk rakyat jelata, orang ramai sekali gus demi agama, bangsa dan negara.
Katanya, ahli Umno perlu memiliki roh dan jiwa Islam, menanam semangat serta membulat tekad untuk melakukan apa saja yang diamanatkan Presiden, Datuk Seri Najib Razak untuk memenangi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...