Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Monday 5 December 2011

Umno ‘spin’ kaset ceramah Ustaz Budak



KOTA BHARU-  Selepas propaganda menghodohkan kerajaan negeri dengan isu bekalan air bersih gagal, kini Umno beralih menyerang Mursyidul Am, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Jentera propaganda Umno kali ini menggunakan pula kaset ceramah seorang ustaz muda, Shamsul Zaman Sukri yang juga dikenali sebagai Ustaz Budak sebagai bahan propaganda.
Mereka mencipta propaganda dengan mengatakan Tok Guru Nik Abdul Aziz serupa dengan Nabi.
Sedangkan ucapan sebenar Ustaz Shamsul diambil sekerat sehingga menghilang maksud asal, di mana beliau antara lain pernah menyebut Tok Guru Nik Abdul Aziz sebagai ulama yang mewarisi perjuangan Nabi.
Ucapan seperti itu difahamkan sudah lama disebut di pentas ceramah dan kuliah di masjid-masjid, namun baru mendapat sentuhan jentera propaganda Umno.
Lagi pun Ustaz Budak sejak dua tahun lalu melanjut pengajian di Makkah.
Namun lebih menyedihkan apabila beberapa ulama diperalat mengulas kenyataan seperti disiarkan akhbar milik Umno di luar konteks sebenar.
Adun Limbongan, Drs Zainuddin Awang Hamat berkata, tuduhan dibuat Umno terhadap Ustaz Budak berniat jahat apabila melakukan ‘spin’ terhadap kaset ceramahnya.
Katanya, rakyat tidak mampu diperbodoh dengan kenyataan tersebut kerana mereka lebih faham mengenai agama berbanding sesetengah pemimpin Umno.
Menjelas isu sama Mursyidul Am PAS berkata, umat Islam yang menolak hukum Islam menjadi kufur, seperti juga menyamakan manusia dengan Nabi.
Katanya, sama ada menolak Islam menggantikan dengan nasionalis atau mana-mana aliran sekali pun juga menjurus kepada kufur.
Bercakap kepada media di JKR 10 semalam katanya, beliau tidak mengetahui isi kandung sebenar ceramah Ustaz Budak yang dianggap akhbar Umno menyamakan beliau dengan nabi.
“Saya tak nak sebut sebab saya tak tahu perkara sebenar, tetapi saya nak sebutnya umat Islam yang menolak hukum Islam juga adalah kufur.
“Saya hanya nak jawab sekiranya orang yang menyamakan saya dengan nabi itu kufur, kita juga kena tahu orang Islam yang tolak hukum Islam juga kufur,” ujarnya.
Oleh itu beliau menolak anggapan pihak tertentu yang mahunya bertanggugjawab di atas kenyataan yang sengaja dimainkan media Umno.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...