Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Wednesday 7 December 2011

Sultan Kelantan dikurnia Darjah Utama Seri Mahkota Negara

KOTA BHARU 7 Dis. - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan mengurniakan darjah kebesaran, Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.
Pengurniaan darjah kebesaran tersebut telah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mewakili Seri Paduka, dalam satu majlis ringkas di Istana Negeri, Kubang Kerian di sini, hari ini.
Dalam majlis berasingan, Sultan Muhammad berkenan menganugerahkan Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (Al-Muhammadi) (SPMK) kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.
Kedua-dua majlis tersebut turut disaksikan oleh Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra dan kerabat diraja yang lain.
Turut hadir antaranya, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed; Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Timbalan Menteri Besar Kelantan,Datuk Ahmad Yakob.
Mesyuarat khas Majlis Raja-Raja baru-baru ini telah memilih Sultan Muhammad sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong berkuat kuasa 13 Disember ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...