Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 9 December 2011

SPR sedang kaji akta



palie
SHAH ALAM - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mengadakan perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara bagi membuat beberapa pindaan undang-undang dalam menambahbaikkan sistem pilihan raya di negara ini.
Timbalan Pengerusinya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, pindaan berkenaan perlu bagi melaksanakan 10 cadangan penambahbaikan yang dikemukakan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) kepada Parlimen baru-baru ini.
"Perbincangan bersama Pejabat Peguam Negara dilakukan dari masa ke semasa untuk meminda undang-undang sedia ada.
"Ia bukannya sukar dilaksanakan, sebaliknya adalah proses biasa. SPR akan memberikan maklum balas hasilnya kepada PSC untuk tindakan selanjutnya," katanya kepada Sinar Harian semalam.
Sebelum ini, Parlimen meluluskan cadangan pindaan kepada PSC untuk menambahbaikkan dan mengkaji penggunaan dakwat kekal semasa mengundi, melakukan pengundian awal bagi menggantikan undi pos, pengundi tidak hadir di luar negara dan pengundi luar kawasan.
Parlimen juga mencadangkan penukaran kawasan pendaftaran, pembersihan daftar pemilih, pameran rang daftar pemilih tambahan, ketelusan proses mengundi, penambahbaikan proses pencalonan dan pengukuhan SPR.
Menurutnya, pilihan raya hari ini menggunakan Akta Pilihan Raya 1958, justeru itu beberapa perkara perlu diteliti dengan lebih teliti, termasuklah penggunaan dakwat kekal.

"Sebab itu perlu adanya perbincangan dengan Pejabat Peguam Negara," katanya.
Mengulas mengenai penggunaan dakwat kekal, beliau berkata itu hanyalah urusan pentadbiran yang tidak perlu diperbesarkan.
"Menggunakan dakwat yang sama dicadangkan pada pilihan raya lalu atau yang baru tidak penting, sebaliknya pindaan undan-undang terlebih dahulu," katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...