Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday, 6 December 2011

popularitii lembu naik ....



Najis lembu cacat pemandangan
PADANG BESAR – Najis lembu yang bertaburan sepanjang jalan di salah sebuah tempat pelancongan di sini, mencacatkan pemandangan.

Pengunjung, Zamri Zain, 43, berkata, dia yang mengunjungi kawasan pelancongan terbabit bersama keluarganya tidak selesa apabila melihat jumlah najis lembu yang
bertaburan di atas jalan sekitar kawasan itu.

“Saya bawa keluarga saya datang berkunjung ke sini, untuk melihat dan menikmati keindahan di sekitar kawasan ini.

“Namun apa yang mengecewakan saya ialah keindahan kawasan ini tercemar dengan najis lembu yang bertaburan di atas jalan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, sebagai kawasan pelancongan dia bimbang jika masalah najis lembu itu mendapat tanggapan yang negatif daripada pelancong luar.

“Bagaimana pelancong daripada luar yang berkunjung ke sini, mungkin najis-najis ini akan merimaskan mereka.

“Saya mohon kepada pihak yang bertanggungjawab mengambil tindakan sewajarnya bagi mengatasi masalah ini,” katanya.

Sementara itu, jurucakap destinasi pelancongan itu berkata, lembu-lembu terbabit bukan milik mereka dan dimiliki penduduk kampung di kawasan sekitar.

“Pihak kita juga ada menerima aduan daripada pengunjung yang berkunjung ke sini, dan kita sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah ini.

“Kita akan berbincang dengan pemilik haiwan berkenaan bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...