Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Friday 2 December 2011

ramas punggung ? best ker

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap tuduhan mencabul kehormatan seorang juruaudit di sini, bulan lalu.
Ahmad Tarmizi Mohd Nordin, 54, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan
niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 30 tahun itu dengan meramas
punggungnya, di lorong antara kedai di Jalan Lumut, Dang Wangi di sini pada
jam 12.40 tengah hari, 30 November lalu.


Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias menawarkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin namun tertuduh yang tidak diwakili peguam meminta jumlah tersebut dikurangkan.

Majistret Zaki Asyraf Zubir membenarkan Ahmad Tarmizi diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 16 Disember untuk sebutan semula kes. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...