Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 6 December 2011

Pukau dua wanita warga asing


AMPANG: Hanya dengan sekali tepukan di bahu dipercayai dilakukan dua wanita warga asing, seorang pengawal keselamatan mendakwa kerugian RM1,000 akibat dipukau dalam kejadian di flat di Pandan Mewah di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 1 tengah hari itu, mangsa berusia 48 tahun dikatakan baru pulang dari kerja sebelum ditegur dua wanita terbabit di depan lif sambil menjual batu permata.

Menceritakan kejadian itu, Abu Bakar Ibrahim, 48, berkata, dia mulanya menolak pelawaan dua wanita berusia 40-an itu yang menawarkan batu permata pada harga RM15.
Katanya, dia menolak pelawaan itu tetapi cuba memegang batu berkenaan yang ditunjukkan sebelum mereka menepuk bahu menyebabkannya terus terpukau dan khayal.

“Saya masuk ke rumah dan mengalami sakit bahu serta keletihan sebelum tertidur setengah jam.

“Pada jam 2 petang, saya keluar dari rumah dan mendapati dua wanita itu di luar rumah dan bersandar pada dinding flat dalam keadaan tersenyum,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, dia menyedari kehilangan wang itu selepas adiknya menghubungi memaklumkan wang disimpan dalam sarung kusyen lesap.

“Saya mengesyaki dipukau wanita berkenaan yang masuk ke rumah sebelum menggeledah rumah dan mengambil wang,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Pandan Jaya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...