Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Tuesday 6 December 2011

Petua kejayaan dunia, akhirat


KEJAYAAN seseorang mukmin terletak pada beberapa sifat iaitu akidah, akhlak mulia dan mempunyai wawasan.
Keimanan kepada Allah s.w.t adalah paksi pembinaan negara dan ummah.

Tahap keimanan tinggi menyebabkan lahirnya individu hebat yang mempunyai
budi pekerti luhur, disiplin tinggi, beramanah untuk mendapat kebaikan di dunia dan akhirat.


Allah mencipta manusia dengan nafsu amarah yang cenderung kepada kejahatan bagi menguji tahap ketulusan pengabdian mereka kepada Allah.

Antara sifat terkandung dalam nafsu amarah ialah jahil, bertindak zalim serta bakhil.

Semua sifat itu cenderung kepada kejahatan dan �menyimpang daripada kebaikan, bencikan kepayahan dan bebanan tanggungjawab.

Justeru sebagai anggota masyarakat, seorang itu perlu memikul tugas membentuk akhlak sejati. Jati diri seseorang Muslim sebenar sentiasa menjadikan diri mereka seorang manusia unggul.

Bagi membuktikan �keunggulan, seseorang itu perlu memiliki sifat terpuji iaitu keimanan yang utuh, amal ibadat yang lengkap merangkumi ibadat khusus dan fardu kifayah.

Ciri-ciri itu nampak mudah, tetapi jika tidak berdisiplin, ia sukar dicapai. Kejayaan disertai keimanan lebih bermakna kerana mereka bakal memperoleh dua kejayaan iaitu di dunia dan akhirat.

Dalam menghadapi cabaran itu, manusia perlu banyak bersabar.

Firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 200 yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara kebajikan) dan �kuatkanlah kesabarankamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”.
Alangkah beruntungnya manusia yang mendapat dua anugerah itu. Malah, kejayaan di akhirat adalah anugerah yang hakiki dan kekal selamanya.

Kita mesti  mengenal pasti kelemahan serta kekuatan dalam diri.

Ciri mantap perlu dipertingkatkan, sementara yang lemah perlu dibaiki supaya lebih sempurna.

 Metodologinya adalah asas keimanan yang tepat iaitu kepercayaan kepada konsep tauhid hingga akhirnya diri individu itu dihiasi dengan akhlak mulia.

Setiap Mukmin perlu menjauhkan diri daripada sebarang kepercayaan syirik. Selepas berjaya dilaksanakan, barulah usaha membina jiwa bertambah kuat dan cemerlang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...