Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Sunday 11 December 2011

Peter Chin kini Presiden SUPP


 CHIN (tengah), bersama Richard dan  Sim (kanan) mengangkat tangan meraikan pelantikan mereka  di ibu pejabat SUPP di Kuching, semalam.
CHIN (tengah), bersama Richard dan Sim (kanan) mengangkat tangan meraikan pelantikan mereka di ibu pejabat SUPP di Kuching, semalam.
Senarai CC, CWC saksi kejutan

KUCHING: Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui, dipilih sebagai Presiden baru Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) pada pemilihan Jawatankuasa Pusat (CC) dan Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) Persidangan Tiga Tahun Sekali (TDC) parti itu, di ibu pejabat SUPP di sini, semalam.

Barisan kepemimpinan baru CC dan CWC parti itu menyaksikan kejutan apabila buat pertama kalinya wakil Bumiputera, Datuk Richard Riot Jaem, yang juga Timbalan Menteri Luar, dipilih sebagai Timbalan Presiden SUPP.
Ini kali pertama dalam sejarah wakil Bumiputera dipilih mengisi jawatan nombor dua penting dalam parti berasaskan kaum Cina itu yang juga komponen Barisan Nasional (BN) kedua terbesar di Sarawak. Ia juga parti politik tertua di negeri ini.
Pemilihan dalam parti berusia 52 tahun itu semalam, turut menyaksikan pelantikan seorang lagi muka baru, Prof Dr Sim Kui Hian, sebagai Setiausaha Agung SUPP.

Seramai 124 ahli CC dan CWC dipilih pada persidangan yang menyaksikan gandingan ramai muka baru, dengan beberapa muka lama turut dikekalkan termasuk Bendahari Agung, Datuk David Teng Lung Chi, yang dipilih mengekalkan jawatan.

Ia turut menyaksikan satu jawatan Naib Presiden barisan CC dan enam jawatan ahli CWC dibiarkan kosong, yang menurut Chin bagi memberi ruang menyatukan kembali ahli parti itu, yang berpecah selepas kumpulan diketuai seorang lagi calon Presiden, Datuk Seri Dr Wong Soon Koh, memboikot persidangan kali ini.

“Kita mahu meninggalkan sedikit ruang seperti dinasihatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menyatukan kembali parti. Kita sedaya upaya bersikap inklusif, mahukan ahli parti kembali bersatu, sekali gus mengukuhkan kekuatan parti,” kata Chin, selepas pemilihan terbabit.
Beliau merayu semua ahli yang memboikot dan tidak hadir pada persidangan itu supaya jangan berasa mereka tidak diperlukan parti dan bukan sebahagian daripada ahli SUPP.

“Kami mahu anda bekerja bersama kami. Anda semua masih ahli SUPP,” katanya sambil menambah pasukan CC dan CWC akan pergi ke semua kawasan bagi menyatukan kembali kesemua ahli SUPP.

Tiga lagi jawatan Naib Presiden semalam diisi oleh Datuk Lily Yong Lee Lee, Tan Joo Phoi dan Andy Chia Chu Fatt; diikuti Ketua Pemuda, Tan Kai; Ketua Wanita, Tnay Li Ping; manakala dua Timbalan Setiausaha Agung, Mathew Chen Thin Kong dan Ding Kuong Hiing.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...