Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Perancangan emas Diana

SEJAK berzaman, emas sudah menjadi sebahagian daripada hidup kaum Hawa. Tidak sempurna rasanya andai leher, telinga dan jari manis dibiarkan kosong tanpa dihiasi rantai, anting-anting dan cincin.
Bagaimanapun, kini peranan emas lebih daripada perhiasan wanita malah boleh dijadikan aset paling berharga untuk jaminan masa depan. Sekarang emas boleh diurusniagakan pada harga yang tinggi dan walau apapun yang berlaku, nilainya tidak pernah susut. Diana Rafar, 29 atau pemilik nama penuh Adiana Abdul Rafar yang sebelum ini amat cetek pengetahuannya mengenai emas kini menjadi ejen menjual kepingan emas 999.9 dengan syarikat pembekal emas, Serambi Emas. Mulanya kata Diana, dia memang tidak begitu mengambil tahu mengenai perniagaan emas walaupun ahli keluarganya sudah lama terbabit dalam bidang itu. Hanya baru sekarang dia teringin untuk melabur dalam pembelian emas ini dan seterusnya menjadi ejen. “Sekarang emas bukan hanya dijadikan perhiasan diri tetapi pelaburan jangka masa panjang untuk hari tua kerana nilainya yang tinggi dan harga yang sentiasa naik mengikut pasaran semasa. Emas yang dibeli itu boleh disimpan sendiri atau di bank yang menyediakan sistem ar-Rahnu. “Bagaimanapun, jika emas itu disimpan di rumah, mereka tidak akan mendapat sebarang keuntungan melainkan kena jual emas itu. Sejak mengetahui lebih mendalam mengenai kebaikan dan keuntungan menyimpan emas ini, saya mula seronok dan ingin mengajak rakan artis untuk membeli kepingan emas ini.

“Selepas diberikan penjelasan mereka mula 'terbuka' mata dan ramai yang membeli daripada saya namun biarlah saya rahsiakan siapa mereka. Tidak selamanya seseorang artis itu dapat bertahan dalam dunia seni, jadi mereka perlu bersiap sedia dari sekarang mencari sumber lain bagi mengukuhkan ekonomi mereka pada masa depan. “Kelebihan emas yang saya jual, ia ada sijil LBMA (London Bullion Market Association) yang mana emas itu laku dijual di luar negara dan sijil itu menentukan ketulenan emas. Memang ada yang suka menyimpan perhiasan emas seperti gelang atau rantai tetapi ia hanya laku dalam negara saja kerana ia tiada sijil.
“Sebenarnya perniagaan emas ini sudah lama dilakukan cuma baru sekarang urus niaga itu dibuat secara lebih terbuka,” katanya. Tambah Diana, Serambi Emas adalah syarikat milik Bumiputera 100% serta bertaraf antarabangsa. Memahami kehendak dan kemampuan pelanggan yang pelbagai, syarikat itu juga menawarkan aneka jenis emas jongkong yang diterima di pasaran bullion Malaysia.

“Dihasilkan oleh pengeluar yang memilik reputasi dalam penghasilan emas jongkong 999.9. Selain boleh dibeli dengan bayaran penuh, Serambi Emas juga menjual kepada pelanggan melalui sistem Ar-Rahnu di mana mereka boleh membayar 35% daripada nilai sebenar emas itu dan bakinya akan dibiayai ar-Rahnu. “Selepas membayarnya secara ansuran kepada ar-Rahnu sehingga selesai, emas itu akan menjadi hak milik mutlak anda. Istimewa kepada pelanggan yang memperkenalkan pelanggan baru akan mendapat RM500 pada setiap pembelian yang dibuat. “Sehubungan itu, mereka yang terbabit dengan perniagaan emas dengan Serambi Emas pada masa sama dapat menjana pendapatan sampingan atau membayar upah simpan dan bayaran ansuran emas di ar-Rahnu sehingga pembayaran selesai,” katanya.

Melalui Serambi Emas, orang ramai boleh membeli emas seberat 100 gram, 500 gram dan sekilogram yang berharga RM160 satu gram (mengikut harga semasa). Bagi memenuhi kemampuan setiap lapisan masyarakat juga, pada masa akan datang syarikat itu akan mengeluarkan emas seberat 50 gram. Kepada mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai perniagaan emas ini, hubungi Izwan di talian 012 - 9500465 atau 03-42528808. Boleh juga layari laman web di www. serambiemas.com. Diana yang kini melihat perniagaan emas boleh mendatangkan pendapatan lumayan, mula memperlahankan langkah dalam kerjaya lakonannya. Dengan mengusahakan perniagaan itu juga dia mempunyai banyak masa bersama keluarganya terutama untuk cahaya mata sulungnya, Kashfi Haiqal.

“Masih suka berlakon tetapi kalau saya sudah bertemu dengan sumber mata pencarian yang lebih menjamin masa depan, lebih baik saya rebut peluang itu. Kashfi pun semakin membesar dan alangkah bagusnya jika saya dapat melihat perkembangan dirinya setiap hari. “Alhamdulillah spa (D'Laguna) yang saya usahakan di Shah Alam beberapa tahun lalu pun sudah stabil. Drama terakhir lakonan saya berjudul Rintihan Kalbu (TV3). Saya bertambah selesa menghabiskan masa menguruskan perniagaan dan rumah tangga. Hati saya lebih tenteram dan lapang kerana tidak perlu lagi bergegas ke lokasi penggambaran. “Tahu sajalah kalau berlakon, banyak masa dihabiskan di lokasi. Sejak remaja, saya sudah menghabiskan sebahagian masa muda berada di lokasi penggambaran namun ketika itu tiada apa yang menghalang langkah saya. Sekarang, badan di lokasi tetapi hati teringatkan anak di rumah. “Biarlah Zamarul aktif berlakon kerana sekurang-kurangnya seorang daripada kami ada di rumah menemani Kashfi,” katanya yang semakin langsing dan jelita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...