Tabung Anak-Anak

Tabung Anak-Anak

Saturday 10 December 2011

Pakai barang kemas palsu

Di Oman, peningkatan harga barangan turut memaksa kebanyakan keluarga mengenepikan aspek tradisi berikutan hanya keluarga pengantin lelaki yang perlu membayar harga emas yang dipersetujui keluarga pengantin perempuan.
“Keluarga pengantin perempuan kini perlu membantu mengurangkan bebanan ini terutama di saat peningkatan harga emas yang mendadak,” kata Khamis al-Salehi yang membawa keluarganya membeli-belah di pasar Suwaiq, 150 kilometer dari barat Muscat sebagai persiapan menghadapi majlis perkahwinan anak perempuannya.

Kekecewaan di atas pening�katan harga barangan dan emas ini tidak hanya berlaku di kalangan pembeli.

Menurut saudagar emas, Marwan Ibrahim, jualan di pasar emas tradisional di Tripoli, Lubnan susut sehingga 90 peratus sejak 2007 dan hanya separuh keuntungan diperoleh daripada jumlah itu sehingga hujung musim panas lalu.


“Musim perkahwinan pada musim panas kali ini bagaikan ditimpa bencana. Hampir tiada pasaran untuk barangan mewah yang selama ini jadikan hadiah tradisi bagi sesebuah perkahwinan.

“Kebiasaannya kami menjual cincin 24 karat pada berat 100 gram, tapi kini harga yang sama cuma boleh membeli 10 gram emas, jadi sudah semestinya pembeli memilih yang paling murah,” katanya.

Di Arab Saudi, salah sebuah negara terkaya di rantau itu, permintaan terhadap barangan kemas merosot sehingga 60 peratus sejurus harga emas meningkat, ujar Ali Baterfi yang memiliki kedai emas tertua di Jeddah.

Di sebalik situasi itu, makin ramai pasangan yang bakal berkahwin mula bangkit menentang pemberian hadiah tradisi ini sebagai salah satu cara mengurangkan perbelanjaan dan menjimatkan wang.

Hala, warga Syria berusia 26 tahun, memilih untuk membeli cincin perkahwinan daripada perak berbanding emas.

“Ia lebih murah dan bersinar seperti emas putih,” katanya.

Di Algeria, kebanyakan keluarga tidak mampu membeli emas untuk perhiasan di majlis perkahwinan lalu menggantikannya dengan saduran emas atau meminjam barangan kemas daripada sanak saudara.

Malika, yang bekerja di sebuah syarikat janaan kerajaan, menggunakan kaedah itu ketika majlis perkahwinan�nya apabila pengantin lelaki ‘menawarkannya’ barangan kemas yang dipinjam daripada adik iparnya. Barangan kemas itu kemudiannya dipulangkan selepas tamat majlis.

Seorang guru dari Lubnan, Deema Tabet berkata, dia dan tunangnya terpaksa melupakan hasrat untuk membeli barangan kemas dan menggunakan wang simpanan mereka untuk membeli rumah.

“Kami terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan kerana semuanya mahal termasuk cincin. Jadi, kami mengambil keputusan untuk mengabaikan permintaan keluarga.

“Saya kini menggayakan barangan kemas palsu yang berharga AS$30 (RM95) berbanding AS$600 (RM1,899) dan kami sudah boleh merancang mengadakan perkahwinan pada musim panas depan,” katanya. -AFP

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...